Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Nina nafi dakwaan perosak rumah tangga, tuntut maaf

Pelakon Nina Iskandar menafikan dakwaan dirinya menjalin hubungan sulit dengan seorang penolong pengarah drama hingga mengakibatkan keruntuhan rumah tangga lelaki tersebut dengan isterinya.

Nina berkata, dakwaan itu yang disiarkan melalui beberapa media dalam talian telah menjejaskan reputasi serta mencemarkan nama baik keluarganya di Brunei.

“Saya tak bertindak atau tak cakap apa (terhadap berita dilaporkan) dan terus cari peguam.

“Isu ini perlu diuruskan secara profesional iaitu menggunakan peguam sebab cemarkan nama saya dan keluarga di Brunei,” katanya.

Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar ditemui pada sidang media khas diadakan di Datuk Keramat, Kuala Lumpur hari ini.

Nina 27, berkata tujuan sidang media itu diadakan bagi membersihkan namanya daripada tuduhan jahat yang dianggap satu fitnah.

Terdahulu, beberapa portal melaporkan seorang sumber mendakwa heroin drama Setelah Cinta Itu Pergi menjalinkan hubungan sulit dengan penolong pengarah drama yang dibintanginya itu.

Hubungan itu didakwa menyebabkan rumah tangga lelaki terbabit dengan isterinya runtuh.

Difahamkan, kru produksi terbabit dan isterinya yang merupakan seorang pekerja sebuah syarikat penerbangan sudah bercerai sebulan lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Laporan itu juga menyebabkan dakwaan berkenaan menjadi tular di media sosial.

Pelakon drama Andainya Takdir itu melalui peguamnya Mohd Irwan Mohd Mubarak memberi tempoh hingga tujuh hari bermula hari ini melalui notis tuntutan kepada tiga iaitu pihak yang supaya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menurut Mohd Irwan, sekiranya gagal, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan.

“Tarikh tamat membuat permohonan maaf adalah pada 27 Mac depan.

“Tetapi jika mereka gagal memenuhi tuntutan tersebut kami akan failkan saman kepada pihak bertanggungjawab,” katanya.

Lihat Komen
ADS