Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Azhan Rani, Anding antara selebriti jayakan teater tentang rasuah

Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (Union), Jabatan Ketua Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak dengan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) akan menganjurkan pementasan teater musikal mengenai Integriti dan Rasuah.

Teater Musikal yang bertajuk Semarak Pertiwiku akan dipentaskan pada 12 hingga 14 Julai ini di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Talib Zulpilip berkata, tujuan utama pementasan teater itu adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mengamalkan nilai-nilai berintegriti dalam diri, keluarga dan masyarakat.

“Diharap pementasan ini dapat mengaspirasikan masyarakat supaya berintegriti tinggi di samping mendidik masyarakat ke arah budaya berintegriti dalam usaha kerajaan membanteras gejala rasuah khususnya di negeri Sarawak,” katanya dalam sidang media teater musikal Semarak Pertiwiku di Bangunan Baitulmakmur di Kuching hari ini. Hadir sama, Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor.

Pementasan tersebut turut terbuka kepada pelajar, penjawat awam dan orang awam melalui jemputan memandangkan tempat duduk adalah terhad dan pas masuk boleh diambil di Ibu Pejabat SPRM negeri.

Antara selebriti tanah air yang turut serta dalam pementasan itu adalah Azhan Rani, Sherie Merlis, Anding, Taufik Hanafi, Elya, Chopie Cakap dan Shah Kimin.

- Bernama

Lihat Komen
ADS