Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
R Kelly didakwa bayar AS$2j untuk 'senyapkan' mangsa
Diterbitkan:  Jul 16, 2019 2:03 PM
Dikemaskini: 6:03 AM

Penyanyi R&B, R Kelly didakwa membayar sebanyak AS$2 juta (RM8.22 juta) kepada mangsa kes pornografi kanak-kanak bawah umur pada 2008 supaya saksi tidak tampil memberi keterangan di mahkamah.

Peguam Michael Avenatti dipetik ABCnews berkata R Kelly berbuat demikian supaya kes tersebut tidak didedahkan kepada umum.

“R Kelly membeli pembebasannya (daripada pertuduhan kes),” katanya sewaktu perbicaraan terbaru R Kelly.

Avenatti juga mendakwa, R Kelly membayar wang bernilai AS$100,00 (RM410,000) sekurang-kurang kepada seorang rakannya untuk menjejaki rakaman klip video dengan kanak-kanak bawah umur yang telah hilang.

Ia memaparkan penyanyi lagu I Believe I Can Fly itu mengadakan hubungan seks terlarang dengan kanak-kanak bawah umur,

Avenatti berkata beliau mewakili tiga mangsa, tiga orang ibu bapa mangsa dan tiga rakan subahat Kelly yang dirujuknya sebagai "pembocor maklumat."

Kenyataan Avenatti muncul selepas pihak pendakwaan AS mengenakan pertuduhan terhadap R Kelly di New York dan Chicago baru-baru ini. 

Laporan menyebut R Kelly dan rombongannya merekrut gadis-gadis muda untuk mengadakan hubungan seks dan cuba menyembunyikan perbuatan itu dengan membayar serta mengugut mangsa.

R Kelly, 52, telah ditangkap dan masih berada dalam tahanan persekutuan. Perbicaraan berkaitan kes itu berlangsung hari ini.

Menurut Avenatti, dua rakan subahat R Kelly menyerahkan video penyanyi itu mengadakan hubungan seks dengan mangsa bawah umur.

Dia kemudian menyerahkan video terbabit ke pejabat Peguam Negeri Cook County, Kim Foxx pada awal tahun ini.

Katanya lagi, pejabat Foxx menyerahkan pita rakaman berkenaan kepada pendakwa.

Bagaimanapun, jurucakap Peguam Negara AS enggan mengulas hal ini.

Bagaimanapun, tindakan Avenatti dicurigai atas alasan dia mempunyai konflik kepentingan dalalm kes itu.

Bekas hakim yang kini mengajar di Kolej Undang-undang Kent, Chicago, David Erickson berkata Avenatti - yang diketahui sedang berdepan masalah undang-undang - disyaki cuba menyelamatkan dirinya dengan membantu pihak pendakwaan dalam kes R Kelly.

Di sisi lain, kata David kenyataan Avenatti itu sebahagian besarnya sudah tertulis sebagai dakwaan umum.

“Avenatti memiliki potensi konflik kepentingan dan masalahnya adalah bukan sama dia boleh atau tidak mendapatkan tawaran lebih baik untuk dirinya tetapi adakah dia boleh menerima tawaran yang lebih baik,” kata bekas hakim itu.

The Guardian melaporkan Avenatti, bekas peguam kepada pelakon dan pengarah filem, Stormy Daniels yang mendakwa pernah menjalin hubungan sulit dengan Presiden AS Donald Trump telah didakwa pada Mac lalu atas tuduhan membuat ancaman.

Peguam itu didakwa cuba mengugut syarikat Nike sehingga AS$25 juta dengan mengancam untuk mendedahkan kepada umum dakwaan firma pengeluar barangan sukan itu terbabit melakukan bayaran tidak sah kepada atlit muda yang cemerlang dan ahli keluarga mereka.

Tetapi, Avenatti menegaskan kedua-dua kes terbabit tidak mempunyai sebarang kaitan.

"Tak ada konflik. Ini pekerjaan saya. Saya melakukan pekerjaan saya," katanya.

Lihat Komen
ADS