Album kedua TXT dilancarkan bulan ini
Diterbitkan: Oct 2, 2019 12:49 PM
Kumpulan K-pop Tomorrow X Together, lebih dikenali TXT, bakal melancarkan album penuh pertama mereka bulan ini, memetik agensi pengurusan kumpulan itu pada Rabu.
Bertajuk "The Dream Chapter: Magic," ia akan mula dipasarkan pada 21 Oktober dan merupakan album kedua selepas yang pertama "The Dream Chapter: Star" pada Mac, lapor agensi berita Yonhap.
Album pertama TXT turut tersenarai dalam Billboard 200.
Majlis pelancaran album kedua akan diadakan di tapak penstriman muzik pada 6 petang, 21 Oktober.
-Bernama

