Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jangan ghairah nak cepat putih dan gebu, nasihat Siti

Setiap tahun, ada sahaja produk penjagaan kulit atau kosmetik yang diharamkan oleh kerajaan sama ada terkenal atau tidak.

Ramai juga artis yang mencuba nasib dalam bidang kosmetik, tidak terkecuali penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza Tarudin.

Siti baru-baru ini berkongsi rahsia dengan Malaysiakini bagaimana beliau bertahan dalam bidang itu, selain nyanyian, selama 10 tahun tanpa masalah.

“Setakat ini alhamdulillah, kita tiada produk tiruan sebab produk saya di hasilkan di Korea.

“Kilang yang disahkan halal dan kita sendiri pun tahu Korea adalah salah satu negara yang banyak mengeluarkan produk kosmetik dan penjagaan kulit yang terbaik.

“Dari segi keselamatan dan kebersihan kita amat ambil berat. Saya sendiri akan turun dan periksa produk Simplysiti mesti menggunakan bahan yang selamat untuk pengguna itu yang paling penting,” katanya.

Gambar hiasan

Siti mengasaskan produk kosmetiknya SimplySiti pada 30 Mac 2010.

Beliau memastikan menerima sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan terhadap produk yang dikilangkan di Korea Selatan itu.

Sementara itu, menjawab pertanyaan mengenai cara beliau menangani komen negatif dari pengguna produknya, beliau berkata mengambil sikap terbuka.

“Tapi saya tak pernah terima komen yang teruk ke atau kesan yang sepatutnya sebab kita percaya produk yang kita hasilkan adalah yang terbaik.

“Dan yang paling penting kita akan memberi ilmu dan ajar mereka mengenai kesesuaian kulit juga produk kami. Alhamdulillah komen yang kita terima semua positif.

“Kalau ada yang tak sesuai mereka akan beritahu terus kita akan tolong malah beri nasihat pada dia sebab ada antara mereka yang tidak tahu jenis kulit mereka dan produk apa yang sesuai,” katanya.

Penyanyi ini juga tidak kedekut berkongsi nasihat kepada pengguna produk kosmetik dan penjagaan kulit yang mengandungi bahan beracun di luar sana.

“Muka kita ini bukan satu perkara yang boleh di buat main. Apa-apa pun kita perlu ada ilmu. Kulit wajah kalau sudah rosak memang makan masa yang lama untuk pulih.

“Bagi saya jangan terlalu ghairah nak cepat putih atau gebu dan sebagainya tanpa mengetahui apa bahan yang digunakan. Kalau boleh fikir jangka masa yang akan datang untuk mendapatkan kulit yang sihat,” katanya.

Lihat Komen
ADS