Bintang Hollywood Kirk Douglas meninggal dunia pada usia 103 tahun, lapor agensi berita Sputnik memetik anaknya, Michael Douglas.

"Ia sesuatu yang amat menyedihkan dan saya bersama adik beradik yang lain mengumumkan Kirk Douglas telah meninggalkan kita hari ini pada usia 103 tahun.

“Untuk dunia beliau adalah legenda, seorang pelakon yang hebat di zaman kegemilangannya, seorang yang baik dan menetapkan standard untuk dijadikan ikutan kepada yang lain untuk melakar kejayaan," tulis Michael Douglas di Instagramnya pada Rabu.

Douglas, pernah membintangi lebih 90 filem, termasuk sebagai watak utama dalam "Spartacus" (1960).

Pernah dicalonkan sebanyak tiga kali untuk anugerah Akademi: pelakon terbaik menerusi "Lust for Life" (1956), "Bad & the Beautiful" (1952) dan "Champion" (1949). Selain itu, beliau pernah menerima Anugerah Kehormat Akademi pada 1996.

- Bernama