Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Penyanyi Pen-Pineapple-Apple-Pen kembali dengan lagu basuh tangan
Diterbitkan:  Apr 9, 2020 8:46 AM
Dikemaskini: 12:47 AM

Selebriti media sosial Jepun Pikotaro, yang terkenal dengan lagu Pen-Pineapple-Apple-Pen (PPAP), kembali dengan lagu baru yang meminta orang ramai mencuci tangan bagi mengekang wabak Covid-19.

Lagu bertajuk Pray-for-People-and-Peace kembali menjadi sensasi Internet di Jepun pada Isnin lalu.

Pikotaro atau nama sebenarnya Kazuhito Kosaka memakai pakaian sama ketika PPAP tular pada 2016, iaitu kemeja lengan panjang bermotifkan corak harimau belang dan selendang bercorak harimau bintang.

Video itu lebih pendek daripada video dua minit PPAP sebelum ini.

Bagaimanapun ia memecahkan rekod Dunia Guinness sebagai lagu terpendek memasuki carta Billboard Hot 100.

Ia telah ditonton lebih 4.5 juta penonton sejak dimuat naik ke Youtube pada Sabtu lalu.

 

Lihat Komen
ADS