Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Alif Satar bersyukur isteri, anak-anak tak dijangkiti Covid-19
Diterbitkan:  Nov 24, 2020 11:25 AM
Dikemaskini: 7:22 AM

Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar menzahirkan perasaan syukurnya selepas keputusan saringan Covid-19 menunjukkan isteri dan anak-anaknya bebas daripada dijangkiti wabak berkenaan.

Alif berkata atas faktor keselamatan isterinya, Sha Dila Halid, 35, dan anak mereka Alisha Anugerah, 4; Ariana Mecca, 2; serta Muhammad Ali, 1; akan terus menjalani kuarantin kendiri di rumah selama dua minggu.

“Allah SWT makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah. Isteri dan anak-anak Alif bebas Covid-19 dan akan terus kuarantin di rumah selama dua minggu,” katanya.

Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar memaklumkan dia didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di Hospital Melaka pada 22 Nov lalu.

Berita itu diumumkan sebelum acara siaran langsung separuh akhir Muzik Muzik 35 dijadual bersiaran pada jam 9 malam kelmarin.

Sehari kemudian, media melaporkan pengurusnya Adlina Abu Bakar mengesahkan ibu, bapa dan adik penyanyi Akhiri Penantianku itu turut dijangkiti wabak tersebut.

Pada masa sama, Alif, 30, turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan keluarganya.

“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp. 

"Alif baca dan di sini mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan dan puan sekalian.

“Terima kasih untuk apa yang anda lakukan untuk saya dan keluarga. 

"Saya doakan Allah SWT akan turut makbulkan doa kamu dan keluarga kamu juga, insya-Allah,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS