Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aktiviti penggambaran, pawagam dibenarkan di kawasan PKPB, PKPP
Diterbitkan:  Mar 2, 2021 9:30 PM
Dikemaskini: 1:30 PM

Aktiviti penggambaran dibenarkan di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) tetapi dengan syarat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Unit Komunikasi Korporat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, ia meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan.

“Ia merujuk pelaksanaan meliputi kawasan di bawah PKPB seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Kelantan, Sarawak dan Kuala Lumpur oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

“Pelaksanaan PKPP di Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan bermula pada 5 Mac 2021 sehingga 18 Mac 2021,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, turut dibenarkan beroperasi adalah sektor pawagam namun, ia juga tertakluk pada pematuhan semua garis panduan dan SOP MKN.

Dalam tempoh tersebut, pergerakan rentas daerah dalam negeri yang sama adalah dibenarkan di semua negeri kecuali bagi Sabah.

Lihat Komen
ADS