Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ernie jadi isteri Syamel dengan sekali lafaz
Diterbitkan:  Mar 26, 2021 2:03 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

Pasangan duet popular, Syamel dan Ernie Zakri selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada jam 10.30 pagi tadi di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Pada majlis diadakan secara tertutup itu, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Puncak Alam, Abidin Sulaiman berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.

Majlis akad nikah pasangan itu dihadiri 20 ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Syamel menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh manakala mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian.

Namun wang hantaran tidak dinyatakan.

Ernie yang juga pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35 itu mengadakan majlis berinai malam tadi dengan menggayakan jubah berwarna putih.

Pasangan itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada 3 April ini di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

Syamel dan Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, mulai rapat selepas terbabit dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS