Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Mak cik Petir sudah tiada
Diterbitkan:  Apr 7, 2021 10:16 AM
Dikemaskini: 2:16 AM

Pelakon Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai Mak cik Petir meninggal dunia pada kira-kira jam 1.45 pagi tadi.

Berita itu dikongsikan anak lelaki arwah, Faizul Hafiz Hashim di Facebook hari ini.

“Dukacita dimaklumkan mama saya meninggal dunia jam 1.45 pagi tadi.

“Saya minta jasa baik anda semua untuk mendoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah,” tulisnya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh di Johor Bahru pada jam 10 pagi ini.

Noryati meninggal dunia ketika dia berusia 63 tahun

Empat tahun sebelum ini, keadaan kesihatan Noryati kritikal dan dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Dia juga terpaksa menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes akibat kencing manis.

Pada Februari lalu, Noryati disahkan positif Covid-19. Dia kemudian sembuh selepas dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru.

Aktres veteran itu turut terkenal dengan gelaran Mak cik Isabella dan Mak cik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, Syurgamu Ramadan, Dotty, Tari Tirana.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS