Malaysiakini
SENI & HIBURAN

Siti Nurhaliza jangka bersalin awal Ramadan

Diterbitkan
Dikemaskini 7 Apr 2021, 10:09 pagi

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bakal melahirkan anak keduanya pada awal Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Beliau bersama suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa memberitahu perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Produk Emas Edisi Khas Jubli Siti 25 Tahun dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

"Alhamdulillah, dijangka pada awal Ramadan ini, Insya-Allah saya akan bersalin.

"Doakan semoga semua proses bersalin saya berjalan lancar. Perasaan semua wanita yang nak melahirkan hanya Allah sahaja yang tahu," katanya.

Pelantun lagu "Percayalah" itu bernikah pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Siti Aafiyah, 3, pada 19 Mac 2018.

- Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.