Malaysiakini
SENI & HIBURAN

Pelakon minta maaf tak sensitif tayang percutian di Langkawi

Diterbitkan
Dikemaskini 8 Apr 2021, 12:46 tengahari

Pelakon Ikmal Amry berjanji untuk lebih sensitif kepada situasi semasa sebelum berkongsi sesuatu selepas imej berbulan madu di Pulau Langkawi dikongsikan mengundang tanda-tanya ramai.

Ikmal berkata, dia memohon maaf seandainya perkongsian dimuat naik memaparkan sisi kebahagiaan dia bersama isteri, Najla Shamsul menyebabkan ramai tidak berpuas hati.

"Am (Amry) nak cakap sikit pasal tengah tular rentas negeri.

"Pertama sekali nak minta maaf jika posting saya mengguris hati netizen," katanya.

Ikmal mendakwa tindakan bercuti itu tidak melanggar mana-mana prosedur operasi standard (SOP) kerana dia bertolak dari Negeri Sembilan - yang juga dikenakan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) - sama seperti status Pulau Langkawi.

"Am bercuti tidak melanggar SOP sebab dari negeri Sembilan dan dah duduk sini.

"Negeri ni berstatus PKPP, begitu juga Pulak Langkawi," katanya.

Dakwa pelakon Inai Yang Hilang itu, perjalanan mereka juga dibuat menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan kerajaan, dan ia memenuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa.

"Am ikut agensi bukan kenderaan sendiri. Cuma am buat posting tidak sesuai dengan keadaan pandemik sekarang," katanya.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.