Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Faizal jawab isu dakwaan kahwin dua di Dewan Negara
Diterbitkan:  Oct 12, 2021 11:45 AM
Dikemaskini: 5:11 AM

Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu berkata, seumur hidupnya, inilah kali pertama dia diajukan soalan sekiranya sudah melangsungkan perkahwinan dengan selebriti terkenal.

Timbalan Presiden Bersatu itu menegaskan dia hanya pernah bernikah sekali saja iaitu dengan isterinya, Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi.

Bahkan katanya, dia sangat bahagia dengan kehidupan bersama anak-anaknya.

“51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali.

“Itu pun dengan isteri saya. Saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya” katanya dipetik K! Online.

Perkara itu dimaklumkan semasa Faizal ditanya Senator Razali Idris yang mahu mendapat kepastian susulan tular dakwaan kononnya dia bernikah dengan Erra Fazira.

Soalan tersebut tetap dijawab meskipun pada awal, Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim tidak membenarkan Ahli Parlimen Tambun itu mengulas perkara berkenaan kerana di luar skop tumpuan.

Terdahulu, tular di media sosial, kononnya Erra Fazira sudah berkahwin dengan Faizal, sekali gus menjadi isteri kedua bekas menteri besar Perak itu.

Erra pula menafikan perkara tersebut dan menegaskan statusnya masih ibu tunggal.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS