Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Isteri jadi bahan jenaka, Will Smith naik pentas lempang Chris Rock di Oscar
Diterbitkan:  Mar 28, 2022 12:27 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Pelakon Will Smith mengejutkan ramai setelah naik ke pentas dan menampar pelawak Chris Rock ketika anugerah Oscar pada Ahad.

Menurut Reuters, ia selepas Rock yang menjadi penyampai untuk anugerah dokumentari terbaik menyindir penampilan isterinya, Jada Pinkett Smith dalam acara itu.

Insiden itu dilihat seperti dirancang pada mulanya namun menjadi serius selepas Smith selepas itu menjerit dari tempat duduknya agar Rock tidak menyebut nama isterinya.

"Keep my wife's name out of your f***ing mouth (Jangan sebut nama isteri aku)," katanya.

Acara itu disiarkan lambat beberapa saat di Amerika Syarikat dan audionya dipotong daripada siaran ekoran bahasa kasar yang digunakan.

Ia bermula apabila Rock menjadikan beberapa calon sebagai bahan jenakanya dan menyebut "Jada, saya sukakan anda. Saya tak boleh tunggu untuk tonton G I Jane II."

Dia merujuk watak utama dalam filem G I Jane pada 1997 yang berambut botak. Jada Pinkett Smith mengalami masalah keguguran rambut sejak 2018.

Ketika itulah Smith naik ke pentas dan menampar Rock. Para hadirin dilihat ketawa kerana memikirkan insiden itu dirancang.

"Oh wow! Will Smith baru saja lempang aku. Ia cuma jenaka GI Jane," katanya diiringi ketawa hadirin.

Smith mengulangi kata-kata agar nama isterinya tidak disebut dan turut berpaling ke arah hadirin di belakang dan menjeri ke arah mereka, yang kemudian berhenti ketawa dan kelihatan terkejut.

Smith barangkali menjadi perhatian utama dalam acara itu memandangkan dia juga kemudian menang trofi pelakon lelaki terbaik anugerah berprestij itu.

Anugerah itu menerusi lakonannya dalam King Richard sebagai Richard Williams, bapa kepada dua jaguh tenis, Venus dan Serena Williams.

"Saya ingin memohon maaf kepada Academy. Saya ingin memohon maaf kepada semua calon yang lain," katanya dalam ucapan kemenangan.

Dia bagaimanapun tidak memohon maaf kepada Rock.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS