Penulis lirik Lelaki Teragung meninggal dunia
Diterbitkan: Mar 31, 2022 3:24 PM
Penulis lirik dan bekas wartawan hiburan, Rudy Imran Shamsudin, 47, meninggal dunia pagi semalam di kediamannya di Semenyih.
Menurut laporan Utusan Malaysia, allahyarham yang dikenali sebagai Iman Imran meninggal dunia akibat kanser.
Allahyarham yang dikenali sebagai Iman Imran memiliki 25 tahun pengalaman sebagai wartawan hiburan dan pernah berkhidmat di Harian Metro.
Antara kejayaan terbesar Rudy ialah sebagai penulis lirik lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah yang telah menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-31.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.