Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mat Kilau 'kalahkan' The Avangers, Transformers - Syamsul
Diterbitkan:  Jul 9, 2022 5:42 PM
Dikemaskini: 9:42 AM

Kutipan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akhirnya melepasi sasaran pengarahnya iaitu lebih RM60 juta dalam tempoh 17 hari ditayangkan di pawagam.

Sebelum ini, Syamsul Yusof meletakkan sasaran RM60 juta sebagai penanda aras yang mampu dikutip filem berinspirasikan pahlawan Pahang itu.

“Alhamdulillah filem Mat Kilau berjaya mencipta rekod RM61 juta dalam masa 17 hari,” katanya di media sosial hari ini.

Kos pembikinan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu menggunakan peruntukan sebanyak RM8 juta.

Menurut Syamsul, kutipan diraih filem itu kini mengatasi filem-filem besar dari Hollywood di pawagam tanah air.

“Ia mengatasi filem Hollywood (seperti) Star Wars, The Avengers, Jurassic World, Black Panther, Furious 7, Spiderman dan Transformers dalam carta All Time International Malaysia Box Office.

“Terima kasih kepada semua penonton dan nantikan filem seterusnya daripada saya Insya-Allah,” ujarnya.

Lihat Komen
ADS