Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Mohamad Saleeh Rahamad kekal sebagai presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) buat kali ketujuh dalam pemilihan yang diadakan pada mesyuarat agung pertubuhan tersebut hari ini.

Ia adalah kemenangan kali ketujuh tanpa dicabar buat Saleeh. Mesyuarat dan pemilihan berkenaan diadakan di Rumah Pena, di Bukit Petaling, Kuala Lumpur.

Saleeh merupakan pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya dan mula menerajui Pena sejak 2010.

Mesyuarat agung Pena yang diadakan buat kali ke-59 hari ini dihadiri 79 ahli dari seluruh negara.

Dalam mesyuarat hari ini juga seramai 15 anggota jawatankuasa baru dipilih melalui pemilihan yang dipengerusikan oleh Roslan Madun.

Berdasarkan undian, Roslan Madun dipilih sebagai pengerusi tetap, manakala Mohd Radzuan Ibrahim menjadi timbalannya.

Khair Ngadiron pula dipilih sebagai timbalan presiden; Shamsudin Othman menjadi setiausaha agung dan dibantu Zaifulnizam Wagiran sebagai timbalannya.

Azalan Hussian pula dilantik sebagai bendahari.

Ahli Jawatankuasa Pena pula ialah Rosman Md Shah, Norhayati Abd Rahman, Mohamad Fairul Rashid, Usman Gumanti Ibrahim, Maniyamin Ibrahim dan Barupawati Utamaju.

Ramlee Wahab dan Nazhatulshima Nolan pula dipilih sebagai pemeriksa kira-kira

Mereka akan berkhidmat bagi sesi 2022 hingga 2024.

Pena ditubuhkan pada 1961 dan kini mempunyai seramai 726 ahli aktif di seluruh negara. Daripada jumlah itu 295 adalah ahli seumur hidup dan 426 ahli biasa selain lima 5 ahli bersekutu dari luar negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS