Mengapa keselamatan peringkat rangkaian penting untuk masa depan 5G Malaysia
Apabila telefon pintar kini menjadi nadi kepada urusan perbankan, beli-belah, penjagaan kesihatan dan tugas harian, keperluan terhadap keselamatan digital menjadi semakin mendesak.
Kebergantungan itu secara tidak langsung memperluaskan ruang pendedahan terhadap serangan siber.
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Persekutuan, peratusan sindiket penipuan panggilan telefon sahaja melonjak ke 46 peratus pada Januari 2026 dengan 481 kes direkodkan. Nilai kerugian kewangan melambung kepada RM27 juta dalam tempoh satu bulan.
Sindiket penipuan hari ini tidak lagi bersifat satu dimensi; ia merupakan satu jaringan taktik yang licik bermula daripada penyamaran identiti melalui phishing dan vishing sehinggalah kepada perangkap panggilan ‘Wangiri’.
Jenayah lain pula menguasai ruang media sosial dan SMS untuk menyusupkan perisian hasad yang bukan sahaja menjejak setiap langkah digital pengguna, malah merampas data peribadi tanpa disedari.
Evolusi berterusan yang merentasi pelbagai platform ini membuktikan pihak sindiket sentiasa selangkah di hadapan untuk memperdaya mangsa, menjadikan jenayah komersial satu krisis yang kian meruncing dan sukar dibendung di negara ini.
Memandangkan kaedah itu terus berkembang merentasi pelbagai saluran, sindiket sentiasa memperhalusi pendekatan mereka untuk menipu mangsa, menjadikan kaedah itu antara bentuk jenayah komersial yang paling berterusan di negara ini.
Bagaimanapun, jenayah itu membawa kepada peralihan keselamatan peringkat rangkaian dalam talian yang lebih pintar agar ancaman boleh dipintas sebelum ia menjadi lebih serius.
Di Malaysia, U Mobile kini berada di barisan hadapan dalam memacu revolusi itu menerusi rangkaian ULTRA5G.
Dengan mengintegrasikan ciri keselamatan yang sentiasa aktif (always-on), rangkaian tersebut bertindak sebagai perisai pintar yang melindungi pengguna dalam setiap interaksi sama ada melalui panggilan suara, pertukaran mesej, mahupun aliran penggunaan data.
Fasa baharu landskap 5G Malaysia

Kehadiran ULTRA5G melakar sejarah baharu dalam landskap telekomunikasi Malaysia.
Sebagai penyedia rangkaian 5G kedua negara yang diberi mandat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pengiktirafan berkenaan menamatkan era model rangkaian tunggal, sekali gus menyuntik elemen persaingan yang sihat serta memacu inovasi tanpa sempadan.
Rangkaian itu direka khusus untuk memperkenalkan pengalaman 5G-Advanced, sebuah standard ketersambungan yang menjanjikan kepantasan luar biasa, kapasiti lebih luas, serta kadar pemindahan data ultra tinggi.
Kebangkitan keselamatan sentiasa aktif

Di sebalik keutamaan terhadap aspek kelajuan dan liputan, nilai teras rangkaian baharu itu sebenarnya masih bergantung pada pendekatan terhadap keselamatan.
Model perlindungan peranti mudah alih tradisional sering kali bersifat reaktif, menyebabkan pengguna bergantung sepenuhnya kepada pemasangan aplikasi luaran atau hanya bertindak selepas ancaman berjaya menyusup masuk.
Dalam landskap ancaman siber yang kian kompleks hari ini, pendekatan sedemikian terbukti tidak lagi memadai.
ULTRA5G mengubah naratif keselamatan dengan mengintegrasikan sistem pertahanan secara langsung ke dalam rangkaiannya.
U Mobile menetapkan standard baharu dalam keselamatan digital apabila muncul sebagai perintis yang melaksanakan sistem tembok api di peringkat rangkaian.
Melalui mekanisme pertahanan yang utuh itu, setiap panggilan dan mesej yang mencurigakan ditapis sebelum sempat sampai kepada pengguna, sebuah strategi yang telah pun membuahkan hasil dengan penyekatan lebih 390 juta cubaan penipuan siber.
U Mobile kini dalam landasan tepat untuk memperkenalkan inisiatif Keselamatan sebagai Perkhidmatan (SecaaS) dalam infrastrukturnya.
Kehebatan sistem tersebut terletak pada seni bina keselamatannya yang berlapis, di mana setiap titik sambungan dipantau tanpa henti. Daripada peringkat aplikasi hingga ke lapisan awan, setiap bait data dikawal selia dengan rapi bagi menjamin integriti maklumat baik ketika ia sedang bergerak merentasi rangkaian mahupun ketika disimpan di dalam pelayan.
Nadi kepada sistem itu ialah perlindungan berasaskan rangkaian pintar yang dikuasakan tembok api generasi baharu dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI) yang telah dipertingkat.
Ia turut dilengkapi dengan DNS selamat beserta penapisan domain yang membantu menyekat akses ke laman sesawang berisiko tinggi, mengandungi pancingan data, perisian hasad, perisian pengintip, spam dan ancaman lain sebelum sambungan diwujudkan.
Menukar kecerdasan rangkaian kepada perlindungan dunia sebenar
Keupayaan teknologi ini membolehkan setiap ancaman dikesan dan dilumpuhkan pada peringkat akar umbi, sekali gus membebaskan pengguna daripada beban untuk bertindak sendiri.
Sebagai contoh, ciri Scam Call Alert yang memberi amaran awal yang melabelkan panggilan mencurigakan sebelum telefon sempat diangkat memberikan kuasa mutlak kepada pengguna untuk memilih sama ada mahu melayan atau mengabaikan potensi bahaya tersebut.
Namun, perlindungan itu menjangkau lebih jauh daripada sekadar panggilan suara. U Mobile turut bertindak pantas dalam mengekang taktik licik seperti stesen pangkalan telekomunikasi palsu.
Pengguna mungkin berdepan senario sambungan mereka tiba-tiba bertukar kepada 2G diikuti SMS yang mengandungi pautan mencurigakan, ini kaedah biasa digunakan untuk mengalihkan mangsa ke laman web penipuan.
Bagi menangani gejala terbabit, U Mobile mengambil langkah pencegahan lebih ketat dengan menyekat semua mesej SMS yang mengandungi pautan di dalam rangkaiannya, memastikan ancaman berbahaya dihentikan terus daripada punca berbanding membiarkan pengguna yang menanggung risiko.
Walaupun perlindungan di peringkat rangkaian bertindak sebagai perisai yang ampuh, kesedaran pengguna tetap kekal sebagai benteng pertahanan yang paling utama.
Sering kali, perbezaan antara keselamatan dan ancaman terletak pada ketajaman kita dalam mengenal pasti tanda-tanda amaran sama ada domain laman web yang mencurigakan dengan ejaan yang janggal, mesej yang sengaja mewujudkan rasa cemas luar biasa atau panggilan automatik yang menuntut maklumat sensitif seperti nombor kad pengenalan dan butiran perbankan.
Perlu ditegaskan, syarikat telekomunikasi tidak akan meminta sebarang maklumat peribadi melalui panggilan, SMS, e-mel atau aplikasi pesanan.
Kelajuan menggerakkan gaya hidup

Kelajuan adalah antara kelebihan paling ketara 5G dan ULTRA5G melonjakkan prestasi itu lebih jauh. Pengguna boleh menikmati kelajuan muat turun antara 500 Mbps hingga 1 Gbps dalam kawasan liputan sekali gus memperkenalkan standard baharu prestasi 5G.
Prestasi rangkaian juga meningkat ketara sepanjang tahun lalu dengan kelajuan muat turun naik lebih 50 peratus manakala muat naik turut menyaksikan peningkatan yang kukuh.
Dikuasakan teknologi 5G-Advanced seperti 64T64R Massive MIMO dan penghantaran downlink 8-lapisan pautan turun rangkaian itu menawarkan kapasiti lebih besar, liputan lebih luas dan pendaman rendah secara konsisten walaupun di kawasan bandar padat.
Hasil daripada kecekapan teknologi ini, pengguna U Mobile kini menikmati kelebihan kelajuan muat turun yang hampir dua pertiga lebih pantas berbanding pesaing, selain didorong oleh prestasi muat naik yang jauh lebih responsif dan unggul.
Liputan lancar di dalam dan luar bangunan

Rangkaian pantas hanya berguna jika ia boleh diakses secara konsisten. Salah satu cabaran sedia ada dalam sambungan mudah alih ialah prestasi di dalam bangunan. Isyarat yang kian lemah dan kejatuhan kelajuan sering menjadi punca utama kekecewaan pengguna.
ULTRA5G direka untuk menawarkan liputan 5G paling luas dan mendalam bagi memastikan ketersambungan yang utuh di lokasi yang paling kritikal buat pengguna.
Ia menjadikan peralihan antara ruang luar dan dalam bangunan lebih lancar, menghapuskan penurunan prestasi mendadak yang sering dialami pengguna.Teknologi MetaAAU yang dipasang pada infrastruktur luaran turut menyokong pengalaman rangkaian dengan meningkatkan capaian isyarat serta menambah baik kecekapan rangkaian.
Rasai perbezaannya
Ketika Malaysia melangkah lebih jauh ke era digital, keterhubungan akan memainkan peranan lebih besar dalam membentuk kehidupan harian. Namun, kelajuan semata-mata tidak lagi mencukupi. Keselamatan perlu menjadi sebahagian daripada asas utama.
Itulah yang ditawarkan ULTRA5G. Dengan Ultra Security yang dibina terus ke dalam rangkaian, ia menyediakan perlindungan berlapis berkuasa AI dari teras sistem untuk mengesan dan menghentikan ancaman sebelum ia sampai kepada anda.
Untuk menjamin ketenangan minda yang berpanjangan, pelanggan ditawarkan pilihan untuk menaik taraf kepada Ultra Security Pro. Pakej itu menyediakan perlindungan menyeluruh merangkumi perlindungan identiti, keselamatan peranti dan insurans siber.
Bagi mereka yang ingin merasai sendiri revolusi rangkaian generasi baharu ini, terdapat cara mudah untuk bermula. Melalui pendaftaran eSIM percuma, pengguna berpeluang menguji kehebatan data 5G ultra pantas sebesar 10 GB, sah selama tujuh hari.
Ia bukan sekadar peluang menguji kelajuan, tetapi memahami bagaimana rasanya keterhubungan yang lebih selamat.
Layari ULTRA5G untuk maklumat lanjut.

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/06/759da4eeb063e7f8cdc9318124e271e4.png)
