Mohon forum loji tenaga nuklear diadakan
Sudah 24 tahun berlalu, sejak berlalunya kemalangan loji janakuasa nuklear Chernobyl di Ukaraine. Namun kita masih harus ambil berat terhadap kejadian itu. Kemalangan loji janakuasa nuklear Chernobyl telah mengakibatkan banyak kematian dan kecederaaan.
Selain daripada itu, Ukaraine juga mengalami kerugian ekonomi yang melebehi beberapa bilion dolar. Kejadiaan ini juga telah membawakan kerosakan alam sekitar. Punca utama kemalangan itu belum dapat dikenapastikan sampai hari ini.
Ada pihak berpendapat yang rekabentuk loji berkenaan adalah punca utamanya. Ada pihak pula yang menganggap kelalaian operator dan masaalah komunikasi sebagai punca utama kemalangan. Tetapi yang nyata sekali ialah kejadiaan itu telah membawakan satu perutusan yang jelas.
Pada pendapat saya pembinaaan dan pengandalian loji jana kuasa nuklear haruslah dijalankan melalui perancangan yang baik dan teratur.
Saya tidak menolak kemungkinan bahawa pembinaaan loji kuasa nuklear dapat membawakan faedah kepada negara kita, tetapi yang penting sekali ialah pembinaaan dan pengandali loji jana kuasa nuklear negara kita mestilah dilaksanan melalui perancangan yang baik dan teratur, supaya keselamatan dan kehidupan kita tidak terjejas.
Jika pembinaaan loji janakuasa dapat dilaksanakan dalam keadaan yang selamat, ia akan membawa pelbagai faedah kepada negara. Umpamanya, tenaga alternatif yang lebih murah dapat diperolehi. Selain daripada itu, pakar sains dan jurutera tempatan dapat meningkatan tahap kemahiran dan ilmu mereka melalui skim pindaan teknologi
Saya bukanlah seorang pakar sains nuklear dan jarang mengikut sejerah perkembangan loji janakuasa nuklear, namun saya amat mengambil berat tentang isu isu keselamatan loji janakuasa nuklear sejak kerajaan mengumunkan rancangan untuk membinanya di Malaysia.
Saya memberikan pandangan saya sebagai satu langkah untuk membuka fotum perbincangan dan berharap lebih ramai yang akan menyertai forum perbincangan untuk mencari jawapan yang terbaik berkenaan dengan isu pembinaaan loji janakuasa nuklear di Malaysia.
Penulis adalah ahli jawatankuasa MCA Kepong

