Operasi "Saving Private Khir"
Mengulas mengenai dakwaan Rais Yatim bahawa terdapat unsur rasuah didalam permohonan tanah pertanian oleh pegawai penyiasat dan penguatkuasa daripada kerajaan Kelantan sebagai balasan mereka tidak membangkitkan atau memanjangkan kes tertentu, dapat kita lihat bahawa Rais yatim agak keberatan untuk mendedahkan agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan pusat yang terlibat serta nama pegawai terbabit serta tidak pula mengemukakan sebarang bukti.
Selain dari itu, Abdullah Badawi juga menyifatkan kes ini sebagai serius dan mengarahkan BPR supaya segera menyiasat. Disini dapat kita lihat perbezaan layanan oleh kerajaan BN terhadak kes rasuah apabila kita membandingkan kes ini dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor, Khir Toyo. Didalam kes Khir Toyo, reaksi pemimpin BN amatlah pasif sekali dan BPR pula seakan-akan tidak mahu membuat penyiasatan mengenainya. Dibandingkan dengan isu dakwaan rasuah Khir Toyo, Abdullah Badawi segera mengarah supaya BPR melakukan siasatan walaupun BPR belum menerima laporan dari Rais Yatim lagi.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri apabila mengulas kes ini, meminta Rais Yatim mengemukakan bukti supaya tindakan boleh diambil terhadap individu yang terlibat dan pejabat beliau dibuka 24 jam kepada pihak BPR untuk siasatan
Nik Aziz turut mempersoal langkah Rais dalam mendedahkan isu ini di majlis Umno, dan bukannya terus melapor kepada pihak BPR bersama bukti. Ini menunjukkan bahawa beliau tahu isu ini hanya dikeluarkan untuk kepentingan politik sempit Umno dan Rais tidak mempunyai bukti yang kukuh. Nik Aziz juga berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat jika kes ini adalah betul berlaku tanpa takut akan kesan politik terhadap PAS. Kenyataan ini menunjukkan bahawa isu tersebut sengaja diada-adakan dengan motif tertentu oleh Rais serta Umno/BN.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa isu ini sengaja dibangkitkan untuk menyelamatkan sebarang dakwaan rasuah terhadap Khir yang semakin parah serta untuk memburuk-burukan/memfitnah PAS. Motif ini amat jelas apabila Rais kemudiannya mengatakan "walaupun memohon tanah tidak semestinya rasuah, apabila ramai pegawai penguatkuasa secara serentak berbuat demikian, ia boleh menimbulkan tanda tanya". Dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu, beliau nampak kurang aggresif dalam dakwaan beliau dimana sebelum ini beliau mengatakan ianya kes rasuah yang serius.
Jadi, adakah dengan munculnya isu ini, menunjukkan bahawa BN/Umno sedang menjalankan operasi untuk menyelamatkan Khir dari isu kes rasuah dengan mengatakan bahawa kerajaan PAS pun mengamalkan rasuah. Adakah BN/Umno sedang menjalankan operasi "Saving Private Khir" sekarang...?
Selain dari itu, apabila Rais tidak mengemukakan sebarang bukti atau melapor kepada BPR akan hal ini, maka ini boleh dikatakan sebagai memfitnah, iaitu seperti apa yang dikatakan oleh Umno apabila parti pembangkang mendedahkan beberapa isu seperti kes Khir umpamanya. Cuma bezanya apa yang dikatakan "fitnah parti pembangkang" adalah fitnah yang mengandungi segala bukti dan keterangan semantara apa yang dikatakan sebagai "maklumat benar Kerajaan" adalah dakwaan tanpa bukti dan keterangan yang retoriksemata-mata.

