Adakah tuntutan berkenaan terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang dibuat hanya sebagai gimik menjelangnya muktamar PAS yang semakin hampir?

Kenapa setelah 6 tahun Pakatan Rakyat memerintah negeri ini baru sekarang PAS negeri melenting?

Sebagai sekas ahli DAP, saya mengatakan bahawa keanggotaan PAS dalam Pakatan hanya sebagai boneka.

Selama ini usaha PAS mendapatkan sokongan Islam dan Melayu di sini semata-mata untuk memperkuatkan kedudukan DAP sebagai kerajaan peneraju.

PAS dilihat lebih banyak memberi dari menerima.

Kalau DAP sendiri menolak pemimpin Melayu mereka tanpa wujud satu kerusi pun dari 19 kerusi DUN DAP, apa lagi yang PAS negeri harapkan.

Tidakkah mereka sedar sepatutnya wakil tunggal mereka dari Permatang Pasir yang menang dengan 85 peratus undi kaum Melayu pun tidak dilantik sebagai exco (sepatutnya exco agama)?

Saya secara peribadi terasa amat sedih kerana PAS sebagai sebuah parti Islam dipergunakan oleh rakan sekutu mereka, DAP dan PKR sehingga tidak ada langsung suara wakil mereka dalam mesyuarat exco kerajaan negeri.

Patut beri kata dua

Maka itulah sebabnya terdapat kacau ganggu pentadbiran negeri terhadap Majlis Agam Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang mana yang dipertuanya daripada parti PAS hanya berfungsi sebagai pelapor sahaja.

Saya melihat tuntutan mereka hanyalah bersifat perasaan emosi berskala sahaja.

Kalau benar-benar serius mereka sepatutnya memberikan kata dua bertempoh kepada kerajaan DAP untuk menunaikan tuntutan tersebut.

Ada kemungkinan DAP akan menjawab bahawa parti PAS hanyalah rakan kongsi kecil dalam kerajaan negeri dan harus bersyukur dengan apa yang ada kerana ia sesuai dengan istilah " amar makruf nahi mungkar ".

PAS negeri dinasihatkan terus mempertahankan hak dan maruah parti mereka secara konsisten dalam membuat sebarang tuntutan dan bukannya bersifat berskala sahaja.

Justeru itu saya berpandangan bahawa masa sudah sampai untuk parti PAS mengundurkan diri dari Pakatan jika benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam dan Melayu di negara ini.

Kenapa harus bersekedudukan dengan sebuah parti seperti DAP yang secara terang-terangan menolak Islam dan Melayu.

Kenapa mesti bersekongkol dengan rakan kongsi yang sewenang-wenangnya memperdagangkan istilah atau ungkapan seperti "saidina Umar Abdul Aziz" dan amat makruf nahi mungkar ?


RAHMAD ISAHAK bekas ahli DAP kebangsaan.