Pejuang hak asasi diserang bertalu-talu
Kami terganggu dan terpanggil untuk bersuara apabila pejuang hak asasi di Malaysia diserang bertalu-talu.
Pada 25 Januari 2014 minggu lalu, Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengancam mengambil tindakan terhadap apa yang dipanggil ‘kumpulan pemisah’.
Beliau seterusnya berkata bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengisytiharkan Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) dalam proses UPR sebagai pertubuhan haram, walaupun ketua setiausaha Dalam Negeri tidak memiliki kuasa terhadap status halal-haram pertubuhan ini.
Ketua setiausaha kementerian ini telah mengeluarkan kenyataan tersebut.
Sehari kemudian, Utusan Malaysia menuntut tindakan diambil terhadap satu maskot dongeng
terdiri daripada satu kumpulan peguam dan warga prihatin yang menyatakan bahawasanya
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dalam negara ini.
Kelmarin, pada 27hb Januari, satu gerombolan polis datang ke rumah dua individu dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk menyampaikan sepina.
Sepina ditujukan kepada pengarah propagandanya Edy Nor Reduan dan Badrul Hisham Shaharin.
Bukan penjenayah dikawal samseng
Dilaporkan, tiga buah kereta polis dan lebih dari 10 orang pegawai polis datang membawa dokumen di kedua-dua tempat.
Kami menarik perhatian bahawa kedua individu tersebut bukan perancang jenayah yang dikawal rapi oleh samseng.
Mereka hanya dituduh di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan atas tuduhan menyusun perhimpunan TURUN pada ambang tahun baru.
Jumlah gerombolan polis yang datang jelas menunjukkan ada cita-cita dan niat untuk mengancam.
Ini bukanlah kali pertama perkara sedemikian berlaku. Kita sedang melihat satu rangkaian kejadian dan serangan yang menggunakan agama, monarki dan patriotisme sebagai alat untuk menutup pengkritik.
Taktik ini sedang dilakukan oleh daulah dan kumpulan-kumpulan bukan kerajaan. Kemunculan
kumpulan-kumpulan ekstremis yang mendapat sokongan dana yang lumayan seperti PERKASA, MUPRO dan ISMA.
Ia memberikan tanda bahawa kita telah sampai ke satu tahap baru di mana badan-badan bukan kerajaan sedang menjadi pelakon untuk melakukan kerja-kerja daulah yang kotor.
Tuduhan palsu
Ini terbukti apabila diumumkan bahawa PERKASA mendapat dana daripada kerajaan.
Ini juga disokong dengan kesediaan badan-badan berkanun kerajaan seperti JAKIM untuk mengeluarkan tuduhan yang sama seperti yang dibuat oleh MUPRO dan ISMA terhadap COMANGO.
Kesemua mereka berjaya menggunakan hujah-hujah fitnah dan tuduhan-tuduhan palsu bahawa COMANGO menyokong perkahwinan sama jantina sebagai cara untuk mematahkan sokongan dan solidariti orang ramai terhadap masyarakat sivil.
Ketika ini kita di tahap sejarah yang genting. Walaupun diheboh-hebohkan reformasi seperti pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat tetapi undang-undang baru untuk menahan tanpa bicara diluluskan.
Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 114A Akta Bukti sekali lagi telah menyempitkan ruang demokrasi dalam negara ini sesudah berakhirnya zaman Mahathir Mohamad.
Kami merasa terpanggil untuk menyatakan bahawa Malaysia semakin mundur dan merosot ke tahap yang tidak dapat dibaiki.
Kami menyeru kerajaan Malaysia menerima tanggungjawab untuk menghormati, menjaga dan
memajukan hak asasi di seluruh Malaysia.
Kerajaan hari ini wajib melakukan tugas dengan memberhentikan serangan-serangan ini dan tidak memberi kekebalan kepada mereka yang menyerang.
Adalah juga disarankan untuk tidak menggunakan ancaman dan menakut-nakutkan tetapi memanggil NGO untuk bekerjasama dalam mendirikan pentadbiran yang demokratik, moderat dan bertoleransi.
Kenyataan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) ini disokong oleh 26 lagi NGO.

