Di dalam Berita TV3 baru-baru ini, di sebut bahawa kewujudan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh adalah satu bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN), terutamanya Pak Lah tidak mengabaikan kawasan yang dikuasai pembangkang.
Kenyataan ini disokong oleh beberapa orang ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan di sekitar UiTM tersebut. Tetapi satu perkara yang mereka tidak sedar atau tidak nyatakan ialah bahawa pemilihan kawasan sebagai tapak UiTM Pulau Pinang itu dibuat semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Pemilihan kawasan dan pembinaan kampus tersebut tidak boleh dibuat dalam masa empat bulan (jangka masa Pak Lah menjadi Perdana Menteri) atau dalam masa lima tahun lepas (sejak Pak Lah menjadi Timbalan Perdana Menteri).
Perancangan dan pemilihan kawasan tersebut untuk dijadikan kampus UiTM Pulau Pinang telah dibuat sejak lebih enam tahun yang lalu, iaitu sejak Anwar masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Ini adalah satu lagi perbuatan memutarbelit/penipuan fakta yang dilakukan oleh pihak media serta BN/Umno untuk mendapatkan undi dan melupakan terus jasa-jasa Anwar di dalam pembangunan negara.
