Soalan yang dikemukakan penulis surat Mantauspr kepada Dr Mashitah Ibrahim dalam suratnya agak keterlaluan terhadap umat Islam di Malaysia ini yang tidak menyokong sebuah parti politik bernama PAS.

Penulis surat itu menyoal tindakan Mashitah yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke-11 menentang calon PAS, Taib Azzamudden.

Menurut Mantauspr, dengan menentang bekas imam Masjid Negara itu, Mashitah hanya mementingkan diri sendiri dan bukan menjulang perjuangan Islam yang sebenarnya.

Memang sudah menjadi kebiasaan penyokong parti politik itu mendakwa bahawa hanya parti mereka sahaja yang mendokong perjuangan Islam untuk meraih sokongan.

Adakah ini bermakna sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan politik PAS adalah orang Islam yang hanya mementingkan diri sendiri?

Bagaimana dengan kami yang menyokong parti selain daripada PAS yang kami percaya boleh membawa kepada kemakmuran dan kemajuan ummat Islam?