Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya merujuk kepada Warta Kerajaan Negri Pahang bertarikh 12 July 2015 yang menyatakan bahawa lesen melombong bijih yang dimiliki oleh pelombong bauksit akan ditamatkan, berkuatkuasa 31 hb July 2015.

Menteri Besar Pahang Dato Seri Adnan Yaakob yang mengeluarkan arahan tersebut bertindak seolah-olah beliau tidak memahami masalah sebenar dalam isu bauksit ini.

Tindakan MB sebelum yang berdiam dalam isu ini sebelum ini memperkukuhkan lagi ketidakpercayaan rakyat terhadap kemampuan beliau menyelesaikan segala permasalahan berkaitan bauksit di sekitar kawasan Kuantan.

Tentu sekali MB sedar bahawa aktiviti menjual tanah mengandungi bauksit tidak memerlukan lesen perlombongan. Juga pengangkutan tanah mengangkut bauksit ke pelabuhan hanya memerlukan lesen mengangkut tanah merah (laterite).

Aktiviti mengangkut tanah mengandungi bauksit ke pelabuhan akan berterusan walaupun lesen perlombongan dihentikan. Ini adalah kerana masih ada permintaan dari negara luar untuk kita mengeksport bauksit.

Masih juga ada pembeli yang sanggup membeli tanah dari tuan punya tanah mengandungi bauksit dengan harga yang mahal. Ini semua tidak memerlukan lesen perlombongan.

Masih ada lori yang punyai lesen untuk mengangkut tanah merah tersebut ke pelabuhan, untuk dieksport, kerana lori hanya perlu guna lesen mengangkut tanah merah.

Maka dengan itu saya gesa kerajaan negeri Pahang sekiranya menghentikan sementara pengeksportan bauksit sehingga satu penyelesaian optimum di capai.

Apabuila eksport bauksit dihentikan, permintaan juga dihentikan dan secara automatic akan menghentikan aliran bekalan.

Ituah jalan penyelesaian yang wajib diambil ketika ini. Hentikan buat sementara eksport bauksit dan kemudian runding dengan pihak berkepentingan melibatkan warga Kuantan.

Aktiviti hanya boleh diteruskan apabila ada jalan persetujuan dicapai bersama dengan semua pihak berkepentingan dan semua yang terbabit bersetuju serta berjanji untuk mematuhi perjanjian bersama.

Sekiranya tiada penyelesaian secara optimum dapat di capai, maka wajar dihentikan terus lesen pengeksportan bauksit.

Saya tidak menentang pembangunan ekonomi akan tetapi segala aktiviti ekonomi tidak harus merosakkan aktiviti ekonomi yang lain dan paling penting tidak wajar menggugat alam sekitar serta seluruh eko sistem melibatkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalamnya.


FUZIAH SALLEH MP Kuantan.

Lihat Komen
ADS