Jangan ganggu siasatan SPRM
Diterbitkan: Aug 6, 2015 5:23 PM | Dikemas kini: Aug 6, 2015 5:27 PM
Saya memandang serius perkembangan terhadap institiusi pencegahan rasuah negara, SPRM dan anggotanya daripada menjalankan tugas memerangi rasuah yang membabit pimpinan negara khususnya dalam Skandal 1MDB dan yang berkaitan dengannya.
Tindakan mengaitkan SPRM dengan isu menggulingkan perdana menteri dan kerajaan adalah usaha untuk menyalahkan suruhanjaya itu dan menghalang mereka daripada terus menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perdana menteri Najib.
PM dan KDN diberi amaran agar menghentikan perbuatan terkutuk seperti mengugut, menakut-nakutkan dan mengancam pegawai SPRM dengan tangkapan dan siasatan pihak polis ke atas mereka.
Rakyat Malaysia mahu melihat PDRM bekerjasama dengan SPRM untuk memerangi rasuah dan perasuah negara dan bukannya melindungi mereka yang merupakan musuh nombor satu negara.
Usaha SPRM untuk mendapat penjelasan dan keterangan lanjut daripada PM Najib atas isu wang RM2.67 bilion dalam akaun peribadinya adalah dialu-alukan.
Jangan ada sesiapa termasuk Polis yang cuba menghalangnya. Saya menuntut PM Najib memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan ke atasnya. Jangan takut dengan kebenaran.
Kepada SPRM, teruskan jihad memerangi rasuah dan perasuah negara. Jangan berundur. Kamu adalah harapan bangsa dan negara tercinta. Terima kasih SPRM.
DATUK MAHFUZ OMAR MP Pokok Sena.