Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Kerajaan negeri tidak boleh jalankan vaksinasi ke atas anjing liar kerana tidak ada vaksin dan terpaksa hapuskan anjing liar mulai 15 September 2015.

Operasi ini diteruskan sehingga penularan wabak penyakit anjing gila adalah terkawal pada 9 Oktober 2015.

Apa yang dikesali, sesetengah NGO yang tidak rasional masih mengeluarkan kenyataan palsu dan fitnah bahawa kerajaan negeri sepatutnya menjalankan vaksinasi awam ke atas anjing liar sejak awal lagi dan bukan menghapuskan anjing berkenaan.

Perintah menghapuskan anjing liar yang dikuatkuasakan pada 15 September 2015 dibatalkan pada 9 Oktober 2015.

Kerajaan negeri rela menjalankan vaksinasi awam sekiranya mendapat 40,000 vaksin untuk 40,000 anjing liar.

Namun pada masa itu, dan juga pada waktu sekarang, jumlah vaksin tidak mencukupi untuk anjing-anjing bertuan, apatah lagi untuk anjing liar.

Oleh itu kerajaan negeri tidak ada pilihan lain kecuali mengeluarkan perintah memusnahkan anjing liar agar menyekat wabak penyakit anjing gila.

Perintah untuk menghapuskan anjing liar tersebut berjaya menyekat penularan wabak rabies di Pulau Pinang. Hanya terdapat empat kes anjing liar yang direkodkan setakat ini dan tidak melibatkan anjing bertuan sama sekali.

Jumlah ini amat rendah jika dibandingkan dengan 20 kes di Perlis dan 18 kes di Kedah

Kerajaan negeri membatalkan perintah memusnahkan anjing liar selepas merujuk kepada Jabatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, yang bersetuju dengan keputusan ini kerana kes terakhir anjing liar yang dijangkiti penyakit rabies adalah pada 21 September 2015, dan tidak ada kes baru selepasnya.

Ini menunjukkan bahawa perintah menghapuskan anjing liar kerana tidak ada vaksin, memang berkesan dan efektik untuk mengawal wabak penyakit rabies.

Kini kami hanya tunggu kedatangan 40,000 vaksin yang dijanjikan oleh NGO selepas ia diperiksa dan disahihkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kerajaan negeri berharao NGO tersebut boleh bersikap rasional dan faham bahawa kerajaan negeri mesti bertanggungjawab dan terpaksa menjalankan pemusnahan pada 15 September kerana tidak ada vaksin.

Sukar bagi kerajaan negeri mengadakan dialog dengan golongan rasis, bersikap ekstremis ataupun tidak rasional.

Semua operasi bersama penangkapan dan pemusnahan anjing liar dihentikan sejak 9 Oktober 2015 kerana kerajaan negeri berpandangan bahawa wabak rabies telah di kawal di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri harap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memulakan usaha vaksinasi secepat mungkin demi memastikan wabak rabies tidak berulang di Pulau Pinang.

Kini perkara ini di bawah pihak Kementerian, dan pihak NGO harus membawa tuntutan kepada pihak menteri.

Kerajaan negeri bersedia untuk mencari alternatif lain bagi mengelakkan penularan wabak ini. Pewartaan penyakit rabies kini ditarik balik namun pemilik anjing masih perlu mendapatkan vaksinasi berkuatkuasa mulai 09 Oktober 2015.


LIM GUAN ENG ketua menteri Pulau Pinang.

Lihat Komen
ADS