Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya telah mengikuti penulisan malaysiakini berkenaan isu saingan pemilihan antara calon-calon Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan dan ingin memberi sedikit komen kepada artikel-artikel tersebut .

Saya percaya kebanyakan isi kandungan yang berdasarkan sumber-sumber yang kononnya rapat dengan parti yang tidak dinamakan adalah bercondong kepada satu belah pihak sahaja.

Beberapa komen yang diberi oleh 'sumber-sumber tertentu' jelas sekali tanpa apa-apa asas yang mencukupi. Malah bersifat perkauman dan bersifat melaga-lagakan.

Tidak ada mana-mana calon yang disokong oleh mana-mana pihak hanya berdasarkan satu kaum ataupun satu agama. Parti Keadilan Rakyat adalah satu parti yang berdasarkan unsur kepelbagaian kaum dan sektor dan berpegang kepada 17 prinsip dasar untuk keadilan masyarakat keseluruhannya.

Malah, berdasarkan etika pemilihan Kongres Parti Keadilan Rakyat kali ini, mana-mana calon yang berkempen berdasarkan perkauman atau pemikiran yang sempit akan diambil tindakan sewajarnya.

Saya percaya sesungguhnya seorang penulis yang objektif seharusnya mempunyai fakta-fakta yang substantif sebelum mengeluarkan artikel dan tidak berdasarkannya atas khabar-khabar angin ataupun analisa simplistik yang cetik berdasarkan kononnya pendapat satu sumber-sumber yang tidak boleh di 'verify'.

Penulis adalah Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan.

ADS