Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
PERDASAMA kesal cemar nama pemimpin lebih terserlah

Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Azman Ujang, pengerusi Bernama berkaitan artikel “Usaha deklarasi rakyat tidak masuk akal” yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan pada 9 Mac 2016.

Presiden merasakan rakyat harus lebih berpandangan jauh serta berfikiran secara rasional dalam mengambil sebarang langkah.

Walaupun PERDASAMA merupakan badan bukan kerajaan yang tidak bersifat politik, akan tetapi persatuan ini menyambut baik segala kenyataan dan usaha baik kerajaan dalam dalam membantu masyarakat Melayu dan Bumiputera untuk meningkatkan penguasaan ekonomi dari tahap sedia ada kepada suatu tahap yang lebih membanggakan.

Masyarakat Melayu dan Bumiputera hari ini semakin berjaya dalam memainkan peranan berdagang di luar negara dari bentuk eksport atas usaha mereka sendiri mahupun bekerjasama dengan negara-negara yang berminat untuk memberi peluang serta menerima kunjungan ke negara mereka bagi menjual barangan yang direka khas sendiri ataupun dijual pada pihak-pihak kilang di Malaysia yang berperanan sebagai ejen pengeksport.

Pada masa yang sama, PERDASAMA juga mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam membantu membaiki industri makanan dan agro yang dikeluarkan oleh ahli PERDASAMA.

Selain itu SME Bank yang turut menyumbang modal serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) yang sentiasa menganjurkan pelbagai seminar, ceramah serta pameran di dalam mahupun luar negara bertujuan membantu peniaga-peniaga kami meningkatkan pengetahuan mereka.

Tambahan lagi, MITI sentiasa menjadi rujukan kami bagi segala keperluan kami dengan badan-badan termasuk institusi kewangan termasuk GLC.

Semua ini adalah langkah terbaik untuk membantu pengusaha dan pedagang Melayu untuk memberanikan diri dalam mengambil bahagian berniaga di luar negara.

Tetapi apa yang dikesalkan adalah usaha-usaha untuk memburukkan kerajaan, mencemarkan nama pemimpin kita, Datuk Seri Najib Tun Razak serta ahli kabinetnya adalah lebih terserlah sehingga menyukarkan pihak-pihak tertentu bagi menjalankan perniagaan dua hala.

Pandangan Pengerusi BERNAMA ini, amat tepat dan saya amat berharap semua rakyat Malaysia terutama mereka yang dari kalangan peniaga tidak tersasar dan terikat dengan langkah-langkah dari kalangan mereka yang sentiasa mengejar publisiti negatif bagi tujuan menjatuhkan kerajaan serta perdana menteri dan ahli kabinetnya.

Inilah masanya untuk menghentikan semua usaha negatif ini dan menumpukan kepada usaha penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia dan memelihara kestabilan politik dan ekonomi di negara ini.


MOEHAMAD IZAT EMIR presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS