Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

merdeka kala ini

janji di capati

 

tosai dengan kari

sambal ikan tenggiri

martabat dimurtabaki

bangsa dikelentongi

nusa dinodai

 

capati dijanji

kari ditosai

tangan di gari

BERSIH dikasari

REMPIT diagungi

KUTU brahak diagungi

beg coach dirampasi

rumah acapkali di rompaki

selangor di kemarau-i

Johor baru "sin city"

fatwa dimass-produksi

 

merdeka masa kini

harga proton mencekik diri

kemiskinan melanda negeri

pembesar negara janji capati

buka puasa hisap cerut BD

pekena tosai dengan capati

agar janji dikotai

pilihan raya tak lama lagi

gajah naik titi

jalak lenteng mengamuk lagi

 

kota raya

hantu raya

hari raya

putrajaya

cyberjaya

kelana jaya

semua raya

makan capati

hari pertama aidilfitri

 

capati tosai

sarapan pagi

simbol merdeka negara murni

buat duit berguni-guni

haram halal lu gua tak kesah semua ini

simpan dalam bank luar negeri

dibawa mati

beli tiket ke syurga nurani

dosa pahala tidak di endahi

itulah angkara janji capati

 

pembesar negeri makan John's roti

rakyat dipaksa ketuk-ketampi

minum air bunga agar berseri

jaga imej janji capati

 

hari raya makan capati

agar janji tetap dimeterai

memanda menteri makan apa hari ini?

makan capati

berulamkan setanggi?

 

gurindam ini gurindam capati

kunukilkan buat merdekamu di kala ini

capati tetap dijanji

janji kita janji capati


DR AZLY RAHMAN dibesarkan di Johor Bahru dan memegang ijazah kedoktoran daripada Universiti Columbia, Amerika Syarikat dalam bidang pembangunan pendidikan antarabangsa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS