Jenaka pada April Fool telah memungkinkan malaysiakini diambil tindakan oleh pihak berkenaan. Setelah diberi liputan oleh agensi berita asing, peristiwa ini mula dijadikan bahan lawak di mata dunia.

Antaranya media elektronik di Taiwan yang terkenal dengan sinikalnya, Gei Wo Bao Bao telah menjadikan isu ini sebagai bahan sindiran. Pada masa yang sama, media elektronik tersebut juga menyamakan isu ini dengan tindakan kerajaan Chen Shui-bian yang menyerbu secara kasar terhadap China Times (Taipei) sebelum ini.

Gei Wo Bao Bao sebenarnya tidak maklum bahawa beberapa tahun sebelum ini, malaysiakini sudah pernah diserbu dan dirampas komputernya oleh kerajaan Malaysia. Pada saat-saat menjelang Hari Kebebasan Akhbar, ulangtahun ke-4 keruntuhan akhbar bahasa Cina, berlakunya lawak bahawa sesebuah media mungkin diambil tindakan kerana jenakanya.

Peristiwa ini membuktikan bahawa kerajaan yang maha besar ini dari siang ke malam sedang bertungkus-lumus menyedia dan membekalkan kes kajian untuk dunia sejagat dan institusi penilaian kebebasan akhbar. Lawak seram ini sememangnya amat menyayatkan hati.

Namun, harus diingatkan bahawa peristiwa seperti kerajaan mendakwa media di mahkamah sudah amat jarang berlaku dalam sesebuah masyarakat yang demokratik dan bebas buat masa kini. Ini kerana hak untuk mengetahui dan pengaliran informasi telah diiktiraf masyarakat sejagat. Demi menjamin kebebasan akhbar dari ancaman kuasa daulah, mekanisme yang penting untuk mempertahankan media juga terbentuk dan terbina.

Sebagai contoh, dalam masyarakat yang matang dan terbuka, apabila membincangkan kebebasan akhbar dan tanggungjawab media, terdapat dua kuasa utama yang memberi kawalan, untuk melarang kuasa keempat ('fourth estate') ini daripada menyalahgunakan kuasa dan terpesong daripada tanggungjawabnya. ua kuasa ini adalah mekanisme pasaran dan kepakaran.

Sekiranya kesilapan berlaku pada laporan mahupun analisis media, ataupun mengingkari etika profesional, semestinya ada pembaca yang memberhentikan langganan atau mengadakan boikot, ataupun ada pengiklan yang menarik kontrak.

Tidak akan sampai giliran kerajaan pun untuk campurtangan. Ini kerana salah satu fungsi media adalah memantau kuasa daulah. Maka satu sistem demokrasi yang matang tidak akan membenarkan kuasa daulah dengan apa-apa alasan sekali pun, untuk mengancam dan mencabuli media yang memantau dan mengkritiknya.

Sesungguhnya, dalam sesebuah negara yang kebebasan akhbarnya terjamin, walaupun kerajaan tidak bersetuju dengan laporan atau analisis media tertentu, hanya boleh mendakwanya di mahkamah, seperti mendakwa seorang biasa, tetapi bukannya dengan mana-mana cara melalui kuasa eksekutif. Walau bagaimanapun, di Amerika Syarikat, tindakan mendakwa media ini hanya dengan justifikasi bahawa media tersebut telah membongkarkan rahsia, ataupun melakukan fitnah. Berkenaan dakwaan kerajaan terhadap media disebabkan jenaka April Fool, adalah kurang dan jarang di dunia ini.

Betapa mujurnya malaysiakini , sekiranya menjadi media yang diheret ke mahkamah disebabkan jenaka April Fool. Maka yang menjadi lawak semestinya bukan media ini, malah bisa terciptanya satu lawak lucu yang oleh dimasukkan ke dalam Guinness Book of Records sambil diamati seluruh dunia.

Namun demikian, sekiranya satu jenaka April Fool pun gagal disarat ke dalam ruang dada bernama toleransi, maka ia menimbulkan satu persoalan yang wajar diberi prihatin dan direnungi bersama - dapatkah kemajuan dari segi teknikal mampu menjamin keberkecualian dan dinamik sfera awam?

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kuasa politik dan kuasa kapitalis telah menyerbu masuk sfera awam sehingga mengakibatkan kemusnahan yang hancur lagi menghancurkan.

Dalam mempertahankan sfera awam yang semakin hancur dan bobrok ini, banyak daripada tikus yang menyarung jersi pahlawan telah pun mengkhianati diri, malah mengangkat bendera putih untuk menyerah diri.

Dalam jarang-jarang ini, malaysiakini adalah antara yang berjaya bertahan daripada meleset dan terjerumus. Namun saya tetap yakin, dalam tanah suci yang masih tinggal, malaysiakini bukan satu-satunya pahlawan yang berjuang.