Pemuda PAS menyedari akan ketidaktentuan pasaran kewangan global selepas pilihan raya presiden Amerika Syarikat minggu lepas.

Kami percaya bahawa gabenor Bank Negara, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan pasukan mereka sedang berusaha sebaik mungkin untuk menstabilkan pasaran kewangan kita.

Kami menyeru rakyat Malaysia agar meletakkan sepenuh keyakinan terhadap tindakan dan dasar Bank Negara dan SC untuk menstabilkan pasaran kewangan kita.

Kami juga menyeru rakyat Malaysia agar mengelakkan sebarang spekulasi tidak berasas yang boleh memburukkan lagi keadaan.


NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ ketua Pemuda PAS.