Sejak bila kalimah 'Bebas Anwar' berbaur hasutan?

Zulkiefly Saad        

Jam 3 petang salah seorang petugas ditangkap sewaktu memasang papan iklan Anwar Ibrahim di Jalan Baru, Perai sempena kehadiran Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang 9 Januari 2017.

Keadilan Pulau Pinang melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan pihak berkuasa atas ketiadaan ruang perbincangan dengan PKR Pulau Pinang sebelum penangkapan berlaku.

PKR Pulau Pinang melahirkan perasaan hairan dan pelik, sejak bila perkataan "Bebas Anwar" berbaur hasutan?

Hal ini berlaku disebabkan petugas PKR yang ditangkap bakal disiasat bawah Akta Hasutan.

Adakah perkataan Bebas Anwar menjadi mimpi ngeri buat kerajaan Umno dan BN sehingga itu dikenakan kepada petugas PKR?

Kami kesal kerana pihak berkuasa menjadi alat bagi membendung pengaruh Anwar Ibrahim di kalangan rakyat.


ZULKIEFLY SAAD setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In