Malaysiakini Surat
Musa Awang | Diterbitkan | Dikemaskini
Kebelakangan ini Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) telah mengenalpasti beberapa perkara berikut:
PGSM mewakili peguam syarie seluruh negara memandang serius tindakan individu atau syarikat tersebut di atas.
PGSM menyeru dan menasihatkan masyarakat Islam supaya tidak mendapatkan khidmat nasihat guaman daripada mana-mana individu atau syarikat yang bukan daripada kalangan peguam syarie yang bertauliah, yang menawarkan atau mengiklankan khidmat nasihat guaman syarie atau menawarkan khidmat menyediakan dokumen tuntutan/permohonan di sahkamah syariah.
PGSM menegaskan, mana-mana individu atau syarikat yang mengiklankan khidmat nasihat guaman syarie atau menyediakan dokumen tuntutan/permohonan di mahkamah syariah dengan bayaran tertentu di mana-mana akhbar atau media sosial, berkebarangkalian besar bukan seorang/syarikat peguam syarie yang sah, kerana menurut Etika No 41, Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) No4 Tahun 2002 menyatakan, “seorang peguam syarie tidak boleh mengiklankan dirinya.”
Sehubungan itu, PGSM menasihati orang awam yang berurusan di mahkamah syariah agar berhati-hati dan tidak berurusan atau menggunakan khidmat individu atau syarikat yang bukan dari kalangan peguam syarie bertauliah/beramal.
PGSM menasihatkan orang awam supaya mendapatkan nasihat guaman syarie daripada peguam syarie yang sah.
Orang awam boleh menyemak dan mendapatkan senarai nama peguam syarie bertauliah di kaunter mahkamah atau boleh menyemak di laman web mahkamah sSyariah yang berkenaan, atau boleh menghubungi pihak persatuan.
MUSA AWANG ialah presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.