Mahukah warga Jempol terus dipimpin Isa Samad?
Saya bersetuju dengan analisis Keranda politik Isa Samad .
Kesimpulannya tindakan ke atas Isa Samad tidak lebih daripada satu tindakan bersifat "token" untuk meggambarkan bahawa pimpinan Umno serius bertindak terhadap perasuah.
Namun, hakikatnya parti itu terus dipimpin oleh barisan pemimpin yang memiliki banyak persamaan dengan Isa Samad. Pemimpin yang rasuah bukanlah satu kecacatan di dalam Umno. Memelihara maruah diri bukanlah sesuatu yang dinilai di dalam Umno. Kalaulah maruah itu sesuatu yang bernilai, ramai pemimpin Umno-BN yang sudah meletakkan jawatan secara sukarela kerana pelbagai kemungkaran.
Tengoklah, cukup lambat untuk Isa Samad melepaskan jawatan kabinet beliau. Ramai beranggapan bahawa beliau akan terus bergayut sebagai ahli parlimen Jempol walaupun ada warga Jempol tidak rela dipimpin oleh seorang yang melakukan politik wang.
Mungkin warga Jempol perlu dimobilisasikan untuk menuntut Isa Samad mengosongkan kerusi parlimen Jempol atas alasan moral. Apakah warga Jempol rela dipimpin oleh seorang yang mengamalkan politik wang?

