Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Surat
Ikatan: Sikap oportunis Pemuda Amanah dalam isu Orang Asli

Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (Ikatan) menyeru parti-parti politik di Kelantan agar bersikap adil dan telus dalam mencari kebenaran yang melibatkan kehilangan nyawa penduduk orang asli di Kampung Kuala Koh, Gua Musang. 

Berdasarkan laporan Sinar Harian bertarikh 8 Jun 2019, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Taufik Maidin menafikan dakwaan yang menyatakan 13 orang sudah meninggal dunia akibat penyakit “misteri” yang ditularkan di peringkat awal. 

Berdasarkan laporan polis, seramai dua orang dilaporkan meninggal dan bukannya penyakit misteri.

Gesaan daripada Pemuda Amanah yang mencadangkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk menyiasat punca kematian 13 Orang Asli merupakan satu kenyataan bersifat politik tanpa melihat fakta kejadian secara keseluruhannya. 

Banyak teori dilemparkan kepada masyarakat umum hingga menyebabkan sentimen dan persepsi negatif terpalit kepada kerajaan negeri Kelantan. 

Antara teori mereka adalah dakwaan pencemaran sumber air, pencemaran akibat aktiviti pembalakan dan pencemaran akibat aktiviti perlombongan. 

Berdasarkan maklumat terkini, agensi kerajaan berkaitan mengesahkan tiada pencemaran sumber air melibatkan apa jua aktiviti yang didakwa. Berdasarkan pengetahuan kami, aktiviti perlombongan di Kelantan terhad kepada aktiviti perlombongan mineral yang tidak merbahaya seperti emas, perak dan batu kawi (manganese). Mineral ini semua bukanlah jenis radioaktif atau merbahaya. 

Jelas menunjukkan Pemuda Amanah bersikap “oportunis” dalam kesusahan rakyat Kelantan.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pihak hospital, penyakit “misteri” tersebut bukanlah penyakit misteri. Dewan Pemuda Ikatan Malaysia menzahirkan rasa simpati kepada masyarakat Orang Asli yang dijangkiti “pneumonia” atau sakit berkaitan paru-paru. 

Difahamkan, kebanyakan mereka juga dijangkiti “measles”, akibat sakit pneumonia. Keadaan ini bertambah parah apabila kebanyakan anak-anak orang asli tidak divaksin. 

Beri maklumat tepat

Dewan Pemuda Ikatan Malaysia mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan, terutama Hospital Kuala Krai dan Gua Musang yang bertindak pantas dan melakukan ujian makmal lain untuk mengesahkan sakit yang dihidapi masyarakat orang asli ini. 

Antara ujian makmal lain yang dibuat adalah ujian “meilodosis/leptospirosis” untuk mengesahkan tiada kuman di dalam sumber air mereka.

Dewan Pemuda Ikatan Malaysia menyeru pihak kerajaan negeri Kelantan untuk terus memberikan maklumat tepat dan pantas kepada media agar kes ini tidak dimanipulasi oleh parti-parti politik “oportunis” yang mahu memberikan imej buruk kepada kerajaan negeri Kelantan. 

Dewan Pemuda IIkatan Malaysia juga mencadangkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat bekerjasama untuk memberikan akses perubatan kepada masyarakat Orang Asli yang berhadapan kesukaran dalam mendapatkan akses pengangkutan. 

Diharapkan Kementerian Kesihatan turut memberikan kesedaran kepada masyarakat Orang Asli untuk memberikan vaksin kepada anak-anak mereka.

Demi Bangsa Malaysia!


SHAHIR ADNAN ialah ketua pemuda parti Ikatan Bangsa Malaysia merangkap naib pengerusi Ikatan Kelantan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS