Paling Popular
Terkini

Rakyat Malaysia digegarkan pada bulan lepas dengan pelbagai klip video seks luar tabii bekas Ketua AMK Santubong yang mendakwa bersama seorang Menteri Kanan Pakatan Harapan.

Pihak polis masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kesahihan video tersebut dan penyebaran bahan lucah.

Sehingga kini beberapa individu telah ditangkap untuk siasatan.Tahniah diucapkan kepada pihak polis.

Hari ini, terdapat pula penulisan di media maya yang mengatakan wujudnya klip video seks luar tabii menyerupai pemimpin kanan lain dari parti politik yang sama.

Terbaru, gesaan dalaman Parti PKR daripada Presiden parti sendiri yang menggesa Azmin Ali bercuti atau berundur jika benar berada di dalam video tersebut.

Kemudian, Azmin membuat kenyataan terbuka menyindir presiden parti. Hari ini, pelbagai gesaan daripada pihak Azmin menyatakan agar Presiden parti tidak memecah-belahkan parti.

Politik PKR umpama keluarga bergaduh, riuh satu kampung.

Di saat ringgit makin lemah dan pelabur asing saban hari keluar dari Malaysia, keadaan politik sebegini menyebabkan rakyat mual dan muak dengan tiada pimpinan berkualiti Pakatan Harapan.

Akhirnya, ekonomi negara makin parah dan rakyat makin tertekan.

Dewan Pemuda Ikatan Malaysia menggesa kerajaan memberikan fokus kepada masalah rakyat dan ekonomi negara, daripada bergaduh berebut tempat menjadi pengganti Dr Mahathir Mohamad.

Biar Dr Mahathir melaksanakan tanggungjawap beliau tanpa diganggu gugat oleh anasir-anasir konspirasi politik.


SHAHIR ADNAN ialah ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia merangkap timbalan ketua pemuda Gagasan Sejahtera.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS