Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mantan menteri kewangan kedua Johari Abdul Ghani tidak perlu bertindak jaguh mempersoalkan tentang kemudahan parkir dalam cadangan terbaru kerajaan untuk membangunkan Kampung Bharu.

Kerajaan Pakatan Harapan sedang menyediakan pelan pembangunan menyeluruh meliputi seluruh kawasan Kampung Bharu, bukan semata-mata projek-projek kecil berbentuk runcit seperti menyediakan bangunan parkir.

Pelan pembangunan menyeluruh meliputi 153.46 ekar kawasan tanah MAS dan 0.55 ekar kawasan Sungai Baru akan dibangunkan serentak.

Tawaran terbaru kerajaan dengan menawarkan harga belian sebanyak RM1,000 sekaki persegi menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan bersungguh-sungguh dalam membangunkan Kampung Bharu.

Sepanjang perkhidmatan Johari sebagai wakil rakyat merangkap menteri, beliau gagal menampilkan sebarang pelan pembangunan yang menguntungkan penduduk.

Johari Abdul Ghani 

Kegagalan Johari adalah manifestasi kegagalan kerajaan BN secara total dan menjadi punca penolakan rakyat di Titiwangsa.

Jangankan kata tawaran, sebarang plan projek runcit juga gagal dibentangkan.

Justeru itu saya sarankan Johari membantu Kerajaan Pakatan Harapan dalam merealisasikan impian untuk melihat kawasan penempatan melayu bandar dibangunkan secara komprehensif.

Beliau boleh membantu dengan memberikan penerangan bahawa tawaran terbaru ini adalah jauh lebih baik dari zaman beliau berkuasa.


SYED BADLI SHAH SYED OSMAN ialah ahli majlis penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu (PPKB) meranngkap naib ketua Pemuda PKR.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS