Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat

Saya terima banyak rungutan mengenai ketidakcukupan vaksin influenza, kenaikan harga vaksin tersebut dan sebagainya.

Vaksin Influenza, antidot atau mana-mana vaksin yang kritikal harus diberi perhatian khusus oleh kementerian kesihatan.

Kita tidak boleh mengambil mudah isu kesihatan rakyat.

Ia adalah tanggungjawab sesebuah kerajaan untuk memastikan kita bersedia menghadapi penyebaran wabak penyakit pada setiap masa.

Bagaimanapun saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad kerana memastikan wabak influenza berada dalam situasi 'bukan kritikal'.

P Prabakaran

Saya gembira untuk mendapat tahu stok vaksin telah pun diterima dan sedang dalam proses penerimaan minggu ini.

Kesihatan dan perkhidmatan kesihatan Rakyat Malaysia tidak boleh diambil ringan atas apa-apa alasan.

Kita akan pastikan rakyat menerima perkhidmatan kesihatan yang terbaik, jika boleh secara percuma di masa akan datang.

Rakyat sihat, negara sejahtera!


P PRABAKARAN ialah anggota parlimen Batu.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS