Saya merujuk kepada surat Berkerjasama untuk kawal harga barangan oleh Alias Mohd Yusof.

Saya rasa tidak payahlah hendak mengajar rakyat berjimat cermat, mereka tahu cara bagaimana hendak berjimat cermat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Statistik di mana-mana negarapun menunjukkan rakyat terdiri dari tiga golongan - golongan kaya, sederhana dan berpendapatan rendah.

Golongan berpendapatan rendah mewakili peratusan yang tinggi bagi sesebuah negara seperti Malaysia. Gaji yang diterima tidak memungkinkan golongan tersebut untuk membazir wang mereka, lebih-lebih lagi ketika harga barang sedang meningkat, tol dan pelbagai tarif lain menunggu masa untuk naik.

Tanyalah mereka yang bermotosikal, mereka juga terasa beban kenaikan harga minyak ini. Jika mamadai RM4 untuk memenuhkan tangki sebuah 'kapcai', sekarang lebih daripada itu.

Diharap Malaysia dapat mencontohi negara Arab Saudi yang mengurangkan harga minyak demi kesejahteraan rakyatnya.