Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Biro Antarabangsa Pemuda Umno Malaysia mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas usaha dan komitmen penuh yang diberikan dalam merangka Visi Apec Pasca-2020 serta melakar sejarah baru dengan menjadi negara pertama menganjurkan persidangan berkenaan secara maya.

Pemuda Umno Malaysia berharap melalui Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec (AELM) yang bakal berlangsung malam ini akan memperoleh kata sepakat daripada semua pemimpin untuk merumuskan Visi Pasca-2020 yang bakal menggantikan Matlamat Bogor.

Visi Apec Pasca-2020 dirangka dengan memberi tumpuan kepada:

1: Menambah baik naratif perdagangan dan pelaburan

2: Penyertaan ekonomi yang inklusif melalui ekonomi digital dan teknologi dan

3: Memacu kelestarian inovatif yang dijangka menjadi tonik kejayaan dalam membentuk struktur ekonomi yang lebih mampan dan meningkatkan kelestarian fiskal lebih berdaya tahan untuk jangka panjang.

Melalui visi ini, Malaysia bakal memperoleh manfaat dan dapat mengukuhkan lagi hubungan perniagaannya dengan negara anggota Apec.

Visi ini juga akan mendukung Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang ditandatangani Malaysia tempoh hari.

Selain itu, ianya juga akan memangkin ekonomi digital negara dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.

Di bawah falsafah 'Perkongsian Kemakmuran', visi ini turut memberi tumpuan untuk membuka lebih banyak ruang pembangunan yang lebih insklusif agar ianya dinikmati oleh segenap masyarakat dalam komuniti Asia Pasifik.


Ikmal Hazlan Ikmal Hisham ialah pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda Umno Malaysia.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS