Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat

SURAT l Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud perdana menteri kita, Muhyiddin Yassin adalah supaya hospital-hospital swasta itu akan diguna pakai untuk keselesaan rakyat terbanyak dan mengurangkan beban hospital kerajaan .

Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud Muhyiddin adalah dia akan menggunakan darurat untuk memastikan setiap rakyat Malaysia yang tiada pekerjaan akan diberikan upah tetap setiap bulan supaya keluarga mereka dapat terus menyara kehidupan

Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud perdana menteri adalah sebahagian harta dan kekayaan billionaire-billionaire itu akan diambil dan diguna pakai untuk program-program basmi kemiskinan dan menyelamatkan pekerjaan dan bailout peniga kecil dan SME-SME kecil. Ambil 5 peratus pun dah cukup

Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud Muhyiddin adalah dia akan membekukan tindakan-tindakan bank-bank untuk mengejar hutang daripada rakyat berpendapatan rendah yang merana kerana krisis ekonomi berterusan

Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud perdana menteri adalah dia akan menggunakan ordinan ini untuk memastikan jalur internet dapat digunapakai oleh semua kawasan luar bandar supaya tiada rakyat yang ketinggalan.

Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud Muhyiddin adalah dia akan menghentikan semua tindakan pengusiran paksa ke atas peneroka bandar, petani dan penyewa rumah yang tidak mampu bayar sewa

Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud perdana menteri adalah semua rumah-rumah mewah dan bangunan-bangunan mewah yang tidak digunapakai dapat digunakan untuk kegunaan awam pada ketika tiada cukup tempat untuk kuarantin rakyat yang tidak boleh laksanakan perjarakan sosial.

Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud Muhyiddin adalah ia akan luluskan ordinan untuk memastikan semua pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan yang merupakan pekerja kontrak ditukar status menjadi pekerja tetap dengan jaminan kerja.

Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud perdana menteri adalah semua asrama atau hostel pekerja dapat dibaikpulih dan memastikan keselesaan dan perjarakkan sosial supaya kaum pekerja tidak menjadi mangsa Covid-19 yang berjangkit kerana hostel yang sesak.

Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud Muhyiddin adalah ordinan akan dibuat untuk memastikan doktor-doktor dan jururawat kontrak dapat diberikan kerja tetap di hospital-hospital supaya kerja dan pengorbonan mereka dapat penghargaan.

Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud perdana menteri adalah ordinan darurat ini diguna untuk memastikan alam sekitar, air dan udara yang kita guna bebas dari pencemaran.

Sebenarnya saya sokong darurat, jika maksud Muhyiddin adalah darurat dapat selamatkan rakyat majoriti semua kaum dan agama, kaum pekerja, marhaen, petani dan semua yang bekerja keras dapat diselamatkan daripada Covid-19.

Tetapi saya tidak sokong darurat jika maksud perdana menteri adalah bahawa darurat hanya digunakan untuk memastikan sidang rlimen dan pilihan raya ditangguhkan hanya untuk survival satu pemimpin dan satu parti sahaja.


S ARULCHELVAN seorang pemimpin pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS