Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyambut baik dan menyokong ketetapan aktiviti pengimarahan di masjid dan surau oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bermula bulan hadapan.
Keputusan ini juga memberikan khabar gembira buat umat Islam yang bakal menyambut kehadiran bulan Ramadan dan Syawal.
Isma juga menyeru kepada pihak berkuasa agama Islam negeri di seluruh Malaysia agar mengikut ketetapan aktiviti pengimarahan di masjid dan surau seperti JAWI.
Isma juga berharap agar umat Islam dapat menggunakan kesempatan ini untuk kembali mengimarahkan masjid dan surau dengan pelbagai aktiviti seperti tadarus al-Quran, solat tarawih, ceramah agama, majlis berbuka puasa dan pelbagai lagi aktiviti terutama di bulan Ramadan ini setelah hampir dua tahun menjalani fasa pandemik.
Semoga umat Islam dan rakyat Malaysia terus terpeliharan daripada jangkitan Covid-19.
