Kaitan MyKad, Myvi, warga asing dan pengundi hantu...
Sehari dua ini Malaysia dikejutkan dengan isu hadiah cabutan bertuah bagi menukar kad pengenalan lama kepada MyKad. Hadiah utamanya adalah sebuah kereta Perodua Myvi. Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad menyifatkan cabutan bertuah yang dilancarkan oleh menteri sebelumnya Datuk Azmi Khalid sebagai bodoh kerana "kenapa mesti nak kena upah, nak kena buat cabutan bertuah baru orang nak datang tukar".
Antara yang menjadi persoalan orang ramai ialah:
- Kenapa menteri memperbodohkan tindakan rakan sejawatnya atas tindakan yang dipersetujui oleh kabinet yang juga turut dianggotainya?
Pada mata kasarnya, apa yang dilihat ialah pecanggahan pendapat dan pertelagahan antara Radzi dengan Azmi. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa Radzi dan Azmi adalah berkawan baik. Mereka berkawan baik sejak masih bersekolah lagi.
Mereka adalah rakan sepermainan dan rakan sepersekolahan di Derma English School, Kangar. Faktor inilah juga yang ditakuti oleh Shahidan Kasim semasa pilihanraya 2004 kerana beliau merasakan dirinya terkepung dan hayatnya menjadi menteri besar Perlis akan berakhir sehingga sanggup merayu kepada Pak Lah hingga ke Putrajaya.
Jadi, apakah isu sebenar di sebalik pembatalan ini? Kenapa tidak diberi sahaja hadiah tersebut untuk mengelak kerajaan dilabel sebagai pembohong dan mungkir janji sesuatu yang memalukan kerajaan sendiri?
Mungkin salah satu jawapannya ialah jika diteruskan juga, pemenangnya mungkin rakyat asing yang memiliki MyKad. Apabila memiliki MyKad, sudah tentu boleh menjadi pengundi. Selain isu pendatang Filipina yang mendapat MyKad di Sabah menerusi 'Projek M', terdapat beberapa lagi projek yang dilakukan secara rahsia di Semenanjung, terutama di kawasan utara.
- Warga Indonesia, sama ada datang secara sah atau tidak sah. Apakah jaminan yang mereka ini tidak dipergunakan sebagai pengundi hantu dengan diberi MyKad?
Di Kuala Perlis, semasa pilihanraya 1999, ramai warga Satun, Thailand datang ke Kuala Perlis untuk mengundi sambil menunjukkan kad pengenalan Malaysia mereka kepada saudara mara rakyat Malaysia yang tinggal di Kuala Perlis.
3. Pendatang/pelarian dari Myanmar yang semakin ramai di Perlis (terutamanya di Kuala Perlis dan Padang Besar) serta Langkawi (Bukit Malut). Selain menimbul masalah sosial, layanan yang diberikan kerajaan kepada mereka juga agak istimewa, malah dalam beberapa kes, lebih istimewa dari layanan kepada rakyat Malaysia sendiri.
Jadi tidak mustahil mereka ini diberi MyKad untuk digunakan sebagai pengundi hantu semasa pilihanraya. Malah ramai warga Myanmar ini dikatakan datang dari Terengganu di mana mereka diberikan tanah untuk diusahakan. Tetapi akibat malas, mereka dipindahkan ke Perlis (mungkin dibawa ke Terengganu untuk mengalahkan kerajaan PAS pada 2004 atau untuk menyekat kemaraan PAS pada 1999)
Oleh kerana itu, saya beranggapan isu penarikan balik hadiah kereta Myvi untuk MyKad walaupun sudah tersedia, dan mencetuskan situasi yang memalukan kerajaan sendiri ini ada helah di sebaliknya. Dan helah tersebut adalah untuk menyelamatkan komplot warga asing mendapat MyKad bagi menjadi pengundi hantu daripada terbongkar ... mereka takut kemungkinan pemenang MyVi itu adalah warga Myanmar di Kuala Perlis...


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.