Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Surat
SURAT | Luluskan pengeluaran KWSP bersasar dari Akaun 1

Tuntutan KWSP bersasar yang dimaksudkan adalah merujuk kepada satu kumpulan Pencarum yang menghadapi masalah dan tekanan hidup seperti berikut:

1. Diberhentikan @ kehilangan pekerjaan atas faktor kesihatan.

2. Pendapatan tidak stabil, seimbang dan mengecil.

3. Kesukaran untuk mendapat pekerjaan yang tetap disebabkan faktor usia dan kesihatan.

4. Hutang tertunggak yang terus meningkat.

5. Menerima notis sitaan @ lelongan rumah.

6. Menerima notis tarik kereta.

7. Menerima notis kebankrapan.

8. Menerima notis dari pemilik rumah sewa untuk mengosongkan rumah.

9. Menerima bermacam-macam ugutan daripada pihak Ah Long.

10. Tidak menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan terutama dari golongan M40.

11. Tidak mampu meneruskan persekolahan anak dan terpaksa "diberhentikan" sementara kerana kesempitan wang.

12. Bekalan makanan semakin mengurang dan terpaksa bercatu makan sekali sehari.

Sehubungan dengan ini, pencarum mendesak dan menggesa YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya cakna tentang permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan pencarum ini dan luluskan tuntutan pengeluaran kecemasan KWSP bersasar dari akaun 1 demi kelangsungan hidup dan meringankan beban pencarum yang terdesak dan tertekan ini.

Permudahkanlah urusan perjalanan hidup pencarum dan jangan dibebaskan mereka dengan tawaran pinjaman FSA2 kerana majoriti daripada mereka tiada lagi baki di dalam Akaun 2 dan tidak layak memohon kerana nama telah disenarai hitamkan atau bankrap sebelum ini.

Kumpulan pencarum seluruh Malaysia ini membantah sekeras-kerasnya FSA2 dan mendesak perdana menteri meluluskan pengeluaran kecemasan KWSP bersasar daripada akaun 1 secara one off tanpa syarat dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih.


AZMI MOHD TAHIR ialah Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS