Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Buli, bendera terbalik perlu tindakan tegas

SURAT | Pemuda Amanah Kepala Batas terbuka dan meraikan dengan sifat demokrasi dua perhimpunan besar yang berlangsung baru-baru ini, iaitu Solidariti Jalur Gemilang anjuran Pemuda Umno diketuai Dr Akmal Saleh, serta himpunan Justice 4 Zara oleh mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Bagi kami, sebarang ekspresi cinta kepada negara atau solidariti rakyat harus diraikan dalam kerangka demokrasi yang matang.

Namun begitu, adalah lebih molek jika himpunan-himpunan berkenaan tidak ditunggang oleh sentimen sempit mahupun kepentingan politik pihak tertentu.

Kami sentiasa mengamalkan politik rahmah, bukan politik marah, serta memilih jalan yang sederhana dalam menyantuni perbezaan.

Justeru, kami menyeru semua pihak terus berpegang pada semangat muhibah, adab, dan fakta dalam menyampaikan suara rakyat.

Pada masa yang sama, kami menegaskan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap dua insiden yang mencalar maruah – iaitu perbuatan buli serta tindakan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik – supaya ia menjadi pengajaran serta tidak berulang.

Pemuda Amanah Kepala Batas kekal konsisten mendukung budaya politik sihat, berprinsip, dan berlandaskan nilai rahmah demi Malaysia yang lebih baik.


MUHAMMAD ABRAR SADIQ AZIZI ialah Ketua Pemuda Amanah Kepala Batas.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS