SURAT | Dari Kongres AS ke Eropah, wakil rakyat Muslim curi perhatian Barat
SURAT | Jika diperhatikan di media sosial kebelakangan ini mula timbul sentimen segelintir pengendali akaun yang cuba memburukkan imej Islam.
Naratif negatif itu semakin rancak dimainkan apabila masyarakat melihat hakikat yang sukar dinafikan – bahawa penerimaan Barat terhadap umat Islam di dunia itu semakin meluas, malah sehingga ke peringkat pembuat dasar tertinggi negara.
Lihat sahaja perkembangan di AS. Kemasukan pemimpin beragama Islam ke dalam Kongres negara bukan lagi perkara asing, malah terus mencatat sejarah baharu:
Situasi semasa di Senat AS kini ialah:
Abdul El-Sayed (Michigan): Menang pada pilihan raya separuh penggal pada Nov 2026, menjadikan dia warga Muslim AS pertama yang dipilih menganggotai Senat
Andre Carson (Indiana, Daerah ke-7): Berkhidmat sejak 2008
Ilhan Omar (Minnesota, Daerah ke-5): Berkhidmat sejak 2019
Rashida Tlaib (Michigan, Daerah ke-12): Berkhidmat sejak 2019
Lateefah Simon (California, Daerah ke-12): ahli Dewan Perwakilan semasa
Adam Hamawy (New Jersey, Daerah ke-12): Dipilih pada pilihan raya pertengahan penggal Nov 2026
Darializa Avila Chevalier (New York, Daerah ke-13): Dipilih pada pilihan raya pertengahan penggal Nov 2026.
Sementara itu bekas ahli yang dikenali ramai ialah:
Aisha Wahab (California) – turut memenangi pilihan raya bagi penggal penuh
Keith Ellison (Minnesota, Daerah ke-5): Berkhidmat dari 2007 hingga 2019 sebagai individu Muslim pertama yang dipilih ke Kongres AS.
Anehnya, semakin kuat kempen kebencian dan sentimen anti-Islam dimainkan oleh pihak tertentu, semakin ramai pula masyarakat di AS dan Eropah yang tertarik untuk mengenali serta memeluk agama itu.
Data demografi semasa membuktikan bahawa Islam terus berkembang pesat sebagai sebahagian daripada fabrik sosial di Barat:
Eropah Barat: Islam kini merupakan agama kedua terbesar selepas Kristian. Perancis merekodkan populasi Muslim tertinggi di rantau itu dengan lebih 5.7 juta orang (kira-kira 8.8 peratus daripada keseluruhan penduduk), diikuti oleh pertumbuhan ketara di Jerman dan United Kingdom.
United Kingdom: Populasi Muslim melebihi 3.9 juta orang dengan kehadiran komuniti yang sangat aktif di bandar utama seperti London dan Birmingham.
AS: Walaupun kekal sebagai kumpulan minoriti (dianggarkan sekitar 4.4 juta orang pada 2026), komuniti itu terus berkembang melalui generasi baru dan pertambahan golongan mualaf.
Hakikatnya, kehadiran beberapa orang Muslim ke dalam Kongres di AS mahupun pemimpin tempatan di Eropah langsung tidak menggugat kestabilan negara tersebut.
Mereka dipilih secara sah melalui proses demokrasi oleh pengundi tempatan sendiri yang menilai keupayaan dan dasar yang dibawa.
Pihak yang terus-menerus menyebarkan ketakutan melampau terhadap perkembangan itu sebenarnya sedang berdepan dengan prasangka dan ketakutan terhadap bayang-bayang mereka sendiri.
SHAHRAY ZULKIFLI ialah bekas peguam syarie yang pernah bertugas di Brunei Darussalam selama 24 tahun.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/image1_149743.jpeg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.