Saya merujuk kepada surat Fawzi Bin Kassim bertajuk 'Rekod Bodoh Malaysia jadi bahan jenaka' (10 Ogos). Saya amatlah sedih melihat rakyat Malaysia sendiri turut ketawa bersama-sama orang asing yang mempersendakan 'kejayaan' rakyat Malaysia.

Apatah lagi jika orang asing yang mempersendakan kejayaan rakyat Malaysia itu adalah warganegara dari sebuah negara yang tidak ada pencapaian bertaraf dunia.

Jika penulis atau seorang DJ radio UAE berpendapat bahawa rekod tinggal bersama dengan kala jengking adalah satu perkara 'bodoh' yang hanya layak untuk ditertawakan, mungkin ada baiknya mereka membuka semula Guiness Book of World Records and melihat lain-lain rekod 'kejayaan' yang mungkin boleh dijadikan bahan jenaka.

Antara rekod yang dimuatkan dalam buku Guiness Book of World Records ialah rekod melukis lukisan terpanjang berukuran 500m oleh rakyat UAE.