Khairy nafi sokong hudud di KB

       

Dengan hormatnya kami ingin merujuk kepada laporan Malaysiakini bertarikh 23 Disember bertajuk " Khairy: Husam Longlai Digertak DAP Isu Hudud ".

Izinkan saya menjelaskan kenyataan sebenar Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang merujuk kepada hukum hudud dalam Wacana Perdana: Transformasi Politik Malaysia di Kota Bharu pada Sabtu lalu, 20 Disember 2008.

Kami dapati terdapat kesilapan dalam laporan sesetengah pihak termasuk Malaysiakini sendiri.

Kami petik laporan tuan:

"Khairy, calon ketua Pemuda Umno, juga dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan hudud dalam perdebatan tersebut tetapi cepat-cepat menafikan pernah berkata demikian semalam".

Pada hakikatnya apabila ditanya oleh moderator wacana tersebut, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, mengenai pendirian beliau mengenai hudud dalam wacana perdana itu, Khairy dengan jelas dan nyata menegaskan seperti yang berikut:

"Secara jelas kita meneruskan apa yang ada. Itu dasar Kerajaan Barisan Nasional".

Saya berharap pihak tuan dapat menyiarkan penjelasan ini dengan secepat mungkin agar kekeliruan yang telah timbul dapat diperbetulkan.

Terima kasih.

Nota editor: Malaysiakini merujuk laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada hujung minggu lalu yang menyebut sedemikian. Akhbar yang sama menerbitkan kenyataan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan pernah berkata sedemikian keesokannya .

Malaysiakini
terkini untuk anda